Saturday, August 29, 2015

shopping online Di HERMO

Assalamualaikum 

dah lama tak  shopping online.
niat di hati just nak beli toner tapi terbeli jugak item lain.
beli yang murah2 jea. muehaha
Hermo ni website yang jual barang kosmetik dan skin care.
nik beli 3 item ni jea.

Thayers Lemon Witch Hazel with Aloe Vera Astringent 355ml 
by THAYERS






adik bongsu iolls yang suggest toner ni. 
pilih toner ni sebab ada lemon yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat
color dia jernih. bau dia strong jugak la
pakai ni tuk tanggalkan sisa2 kotoran yang tak hilang masa cuci muka. 
dan tuk kecilkan liang pori kat muka.
 picit 3-6 titis kat facial cotton dah cukup tuk sapu kat seluruh muka dan leher
saiz besar compares to other brands toner . 335 ml yea.
price lak super affordable uolsss. 

Etude House - My Beauty Tool Mini Brow Class Drawing Guide
by ETUDE HOUSE


baru nak blaja lukis kening. so ni produk  yang sesuai.
jimat masa .hihi

Yadah Limited Starter Kit -1pc 
ni saja mengada pi add chart.haha..comel jea pouch ni kan , 
sesuai for travel purpose.dalam cute pouch ni ada 2 mask for skin brightening, anti-trouble toner, anti-trouble emulsion, sun block, bb cream n sticky note


suka website ni. good service and fast delivery

Saturday, August 22, 2015

borong cadar patchwork di GM Klang

Assalamualaikum 

sejak adik2 semua dah nikah dan ada rumah sendiri ni 
masing-masing tengah kemaruk ngan cadar patchwork.
mau tak kemaruk, lawa-lawa design nya.
kat GM boleh dapat RM75 tuk 1 set cadar queen/king yang 100% cotton. 
range harga antara 75-90 kalau 100% cotton
pandai la korang tawar-menawar.
ada yang cakap kalau lagi murah selalunya 80% cotton. 

masa sampai tu, orang tak la ramai sangat. bila dah tengah hari sikit, mula ramai orang. 
sebelum ni pi GM Klang banyak design ala-ala sendu je yang tinggal.
rezeki kali ni jumpa banyak design yang cantik2
kali ni kami borong 8 set cadar. nik jea borong 3 set. 
10 tahun tak beli cadar dah.muehaha


balik rumah terus letak kat ruang tamu.
pilih2 mana yang berkenan.haha

sebahagian corak2 cadar 
ni untuk bilik kedua rumah nik. nak guna cadar ni masa nikah adik bongsu uolss
kira bilik kedua ni nanti akan jadi bilik pengantin untuk adik la.haha
tema bilik pengantin biru yea. nak sama warna dengan warna cat bilik.haha

untuk Mama Iman.Tok Ma belanja. untung la.haha

ni untuk Tok Ma


ada lagi design. tak sempat nak snap semua.
yang penting semua cantik2. tido dengan tilam baru iolss malam ni. wink wink
haha..k bye

Friday, August 21, 2015

(video) telatah Iman Zharif Part 2


Assalamualaikum

kesayangan saya dah 6 bulan 7 hari ni..hihi.
6 month check up, berat Iman dah 8.7 kg. tinggi dah 69cm. 
uwaaa jugak sekejab bila cucuk. lepas tu ok.
tapi sian, lepas cucuk demam lak dia. 
sebelum ni Iman tak penah demam lepas cucuk
bila demam dah tak aktif sangat macam selalu

video sebelum demam.hihi
budak bambam bosan. nak mintak dukung la tewww.haha
skarang dah pandai hulur tangan mintak orang dukung
suka nau angkat bontot macam nak merangkak.haha


Iman dan toy zirafah yang cik su bagi


Iman Zharif dan walker part 1
teman papa masak yea bambam.


Iman Zharif dan walker part 2
ada budak accident naik walker, Teh mampu gelak jea la.
laju jea kaki tu. tak sempat nak break yea. haha
harap tak jadi macam Teh masa kecik2 dulu, jatuh tangga dengan walker.opsss




abang sado. sebulan lagi dah jadi abang Iman. 
sepupu Iman nak keluar tak lama lagi.hihi

rindu Iman la. rindu nak cium bau masam Iman
rindu nak gomol n kiss Iman sampai Iman rimas.haha
jangan demam lama2 jea kesayangan Teh :)

Sunday, August 16, 2015

My Sister's Wedding Preparation | Warna Tema Attire Family Perempuan

Assalamualaikum

dah 1 bulan adik iolls di risik, maknanya tinggal 4 bulan lagi untuk majlis akad nikah dan im sooooo excited .hihi. bila adik nak kawin, kakak dia yang terlebih excited.
so akan ada update tentang preparation nikah adik iolss nanti. 
iolss suka involve dalam majlis macam gini. 

kita start dengan preparation baju family tuk pengantin perempuan dulu :)
susah jugak sebenarnya nak decide dan finalize warna tema untuk family ni.
lepas fikir punya fikir. berbincang dengan family.color yang jadi pilihan untuk attire family masa majlis akad nikah adalah Pistachio Green. masa majlis resepsi lain lak warnanya.pheww..ambik kau..mana nak cari warna Pistachio Green ni weyyy.
sendiri tetapkan warna sendiri yang pening.muehaha

semalam buat pertama kali menjejakkan kaki di Jakel Shah Alam
 tak biasa beli kain kat tempat2 cenggini sebenarnya
tapi sebab malas nak bersesak kat jalan TAR so kat Jakel Shah Alam lebih selesa.
pagi2 dah ke sana sebab paking agak terhad sebab dia shop lot kan.
rambang mata tengok warna kain depan mata. bila ada yang berkenan saiz baju melayu lak tak ada. saiz baju melayu semua ada, kain tuk baju perempuan lak tak ada, so pencariannya adalah gagal





 akhirnya, warna Maroon jadi penganti.muehaha


untuk lelaki dah siap beli baju melayu Aaron Aziz uolls
free sampin dan butang baju melayu.
yang perempuan kami pilih kain untuk jahit jubah.
hias dengan prada lace yang kami jual.hihi
alaa. gambar pada lace kuning ni tak terang sangat lak dalam gambar.huhu
nanti dah siap jubahnya kita show off lagi.haha

family harus warna berbeza dengan pengantin nanti over shadow pengantin lak..muehaha
 kitorang yang big family members ni memang cukup susah nak bergambar . 
masa wedding macam ni la dapat berkumpul ramai2 n bergambar. pakai baju cecantik
so harus la pilih warna sedondon, baru nampak meriah hihi
berdoa moga majlis adik berjalan lancar seperti yang diimpikan



Monday, August 10, 2015

I'm officially 31

Assalamualaikum

semalam genaplah umur iollss 31 tahun.
so uols yg berusia 30 tahun ke bawah, sila panggil iolss kakak ok.haha
 Happy Birthday untuk diri sendiri.. hihihi
Alhamdulillah.masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. 
31 tahun yang penuh pengalaman suka duka, pahit manis.

surprise! dah dapat agak dah dari sapa.hihi
dapat bunga setahun sekali so harus la letak dalam blog.haha
sebenarnya segan gak dapat bunga ni
en hubby siap mintak orang hantar kat opis iolls lagi.huhu




sengaja kasi letak gambar tu banyak2. Hehehe. 
tanda penghargaan buat en hubby. bukan selalu dapat ni tau
terkejut okay walaupun ni bukan kali pertama en hubby buat surprise
memang tak mengharap sangat dapat bunga
 comel nye kamu wahai bunga 
hihihi



letak gambar sendiri satu.haha

dapat hadiah birthday in advance minggu lepas dari en hubby
hadiah dari en hubby yg teruja isteri dah masuk 3 series.haha
thank you so much en hubby
love you till jannah

as request by birthday girl (girl lah sangat..haha)
kami makan Kenny Roggers semalam
and ada beli something sebagai reward untuk diri sendiri.
apa salahnya bagi hadiah kat diri sendiri. sape lagi nak hargai diri sendiri 
sal reward ni later2 kita citer.hihi

terima kasih untuk ucapan-ucapan serta doa kalian
your wishes made me feel special

Saturday, August 8, 2015

lunch di Dapur Penyet


Assalamualaikum

dah lama nak buat entry sal tempat makan ni. asyik tertangguh jea.
kali pertama cuba makan di Dapur Penyet sebelum puasa itu hari..hihi.
nik kan penggemar ayam penyet. so harus cuba ayam penyet kat sini lak. 
Dapur Penyet ni kat Cyberjaya. tak ramai orang kat sini

order kat kaunter. lepas order, korang boleh duduk..
then nanti diorang hantar makanan kat meja korang.
tengok terliur ke tak terliur.haha

makan time..Bismillah

nik order Ayam Penyet.
ayamnya sedap, rangup di luar, lembut di dalam, 
sambalnya pedas terangkat uolss. phewwww
kalau korang tak tahan makan pedas, jangan berlagak makan banyak.
nanti merah padam muka tahan pedas.  
sayur hanya kobis. ada tempe dan tauhu goreng
 hubby order ayam bakar madu kalau tak silap.haha

ok tu jea citernya. overall, sedap makanan kat sini.  
harga reasonable

Address :
No 3A Cottage Walk Persiaran Apec
Cyberjaya

Phone :
03-8311 9989


Thursday, August 6, 2015

Aidilfitri 2015 | Beraya dengan Mertua


Assalamualaikum

hari ini share kisah beraya dikampung lagi.kali ni dirumah mertua lak
Alhamdulillah, dapat beraya rumah mertua walaupun dah 3 minggu kita sambut raya. rumah mertua nik kat simpang renggam, Johor
lama tak balik rumah mak mertua.
macam ni la bila rumah mertua dan kampung sendiri jauh.

tapi kalau dekat-dekat tak syok plak.haha
seronok kawin dengan orang negeri lain ni. 
boleh la rasa pengalaman dan suasana lain.
tahun depan hari raya pertama umah mertua lak.

nik balik jumaat lepas. phew..balik johor jalan tak jem.

beraya di Johor memang best sebab mak mertua suka memasak
sampai2 jea mak mertua iolss dah siapkan makanan.
ada rendang ayam, kuah lodeh, nasi impit dan kuah kacang .yummyy

 






rumah mak tak lengkap kalau tak ada kuih raya berbalang2 

minggu ketiga raya pun still ada lagi :)

pagi sabtu sempat ziarah kubur ayah mertua
raya pertama kali tanpa arwah ayah mertua. 
Al-Fatihah buat arwah Abah. semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman.
Daripada-Nya datang. Kepada-Nya kita pergi.kami rindu Abah :(


sabtu tu sempat la beraya rumah kakak hubby kat Pasir Gudang.

rumah mak saudara en hubby jugak
n malamnya makan-makan di Kg Pasir Puteh





ada en hubby so sempat suh snap gambar sekeping dua.

 nak letak kat blog.muehaha
iolss la tewww pipi tembam badan kurus. sampai badan nampak bongkok
macam mana nak gemukkan badan, kuruskan pipi ni uolss.. tolong...haha


ambik gambar dari tepi, 
nampak  muka V shape ok.haha

Ahad lak kami beraya rumah Tok Leh. datuk angkat en hubby

suka sebab rasa suasana kampung
kiri kanan ada kebun buah-buahan. 



pokok rambutan depan rumah
syok ooo. petik2 terus makan bawah pokok.. feeling dusun sendiri terus

jubah dah lama beli, tapi raya kali ni baru sempat pakai.

jubah dari Fabulous Heejab Boutique
tudung bawal dari AMEERAZAINI Hijab Revival
mak mertua iollss bagitau meriah sangat jubah iolss nak beraya kat kampung.muehaha







sempat aje.huhu.okey. tu jea citer raya 2015.bye