Monday, September 28, 2015

(video+gambar) Abang Iman

Assalamualaikum 
malam ni update entry sal baby lagi.
sorry yea. skarang entry banyak update sal anak2 saudara jea. anak sendiri InsyaAllah coming soon. doa2 kan yea.mudah-mudahan Keisha & Iman cepat dapat sepupu baru ^___^ .hihi

sebenarnya,banyak sangat gambar2 comel nak share. 
Alhamdulillah, abang Iman dah 7 bulan. cousin dah keluar seminggu lepas. so Iman bukan cucu bongsu lagi dah. no more manja2 dan mengada2.muehaha

pandai dah skarang kalau nampak mama dan papa relax jea kat sofa terus mintak dukung. dah mula kenal orang, tahu je mama dan papa dia
so jarang dah nak dekat orang lain. Iman jangan nak sombong dengan Teh. Teh cubit Iman nanti.haha

tenang jea tengok dia tido.

Iman ni suka tido awal, bangun dalam kul 6-7 pagi. tak pernah berjaga malam. 
kalau berjaga pun sebab nak minum susu jea. bunyi ek ek jea.
bagus sangat baby Teh sorang ni
hensem boy.big boy sangat dah dia
arghh..geram.gebu sangat ni dah kenapa.
rasa nak picit2 jea pipi pau tu




melting bila Iman senyum :)

Jumaat lepas nik cuti, so jadi babysitter Iman.nasib baik la Tok Ma pun ada
kalau tak memang tak makan dan mandi la Teh jaga bambam ni.
tapi skarang susah nya nak bagi makan. sibuk jea nak main.haha






tengok Iman ni. bagi orang geram jea :)
sejak dah masuk umur 7 bulan ni, Iman super duper lasak 
pantang bagi peluang sikit je mesti dah merangkak. kepala tu dah berapa kali terhantuk tapi tak jugak serik.haha

bergusti dengan bear pun boleh Iman ni

tapi sekejab jea la mainnya. nampak mama terus pi kat mama.
nampaknya mama lagi menarik dari bear kan Iman.haha




muka budak merajuk dengan Mamanya.
mulut muncung tu tak tahan..Mama panggil pun buat dek yea baby.
haha..comel
macam mana la badan tak sado. makan aje.


duduk pun nak kena bergaya. tapi bukan stabil mana pun lagi ni.

Teh rindu Iman :)

Sunday, September 27, 2015

sepupu Iman Zharif

Assalamualaikum

  isnin lepas, adik nik selamat lahirkan baby girl di Hospital Islam Az-Zahrah. 
anak saudara ke 9 dalam family kami setakat ni :)
terpaksa operation. dah try normal sebab dah bukak dalam 8 cm tapi ada masalah skit. lagipun kepala baby dah bengkak. kalau try bersalin normal pun akan membahayakan ibu jugak.  kemungkinan rahim akan pecah..fuhhh..scary.huhu

nik balik dari kerja tu terus ke Az-Zahrah. jem teruk kot. lagi2 hujan lak masa tu kan. lebih kurang dalam kul 6.28 petang, baby selamat keluar ikut tingkap.
lega bila dapat tahu baby dan ibu selamat. Alhamdulillah..baby cukup semua sifat.

i'm a girl. 
gambar first day.tembamnya pipi dia
no wonder la berat baby 3.2 kg :)
Assalamualaikum Nur Keisha Aqeelah binti Mohd Faidz


bila bukak bedung tu, mata luas terbuka.
tapi mata still lagi sepet. comelnya awak



cuteness overloaaaaaaaaad
untuk senang suami dan family teman, adik nik ambik bilik single
terpaksa blurkan gambar ibu Keisha. ibu tengah mamai masa ni.
banyak sangat benda masuk dalam badan kan.konon dah trauma
tapi bila anak dah keluar, tetiba terus plan nak beranakkan anak kedua lak. ngehngehngeh
Abang Iman pun ada. buat dunno jea dia.haha



hari kedua Tokku dan TokMa datang melawat

malamnya, nik teman adik kat Az-Zahrah.
so rabu tu iollss EL. sorry boss emergency yea.huhu

hari ketiga baru baby di benarkan balik rumah
sempat la Teh jaga dia jugak. walaupun malam2 Teh jarang terjaga
merdu sangat suara awak baby. sampai Teh boleh tido nyenyak malamnya.haha
ni gambar latest..rindunya Teh kat awak.
rindu nak cium awak.rindu nak bau wangi awak
rindu nak dengar awak nangis.
Keisha ni akan nangis beria bila nak tukar pampers dia. 
tapi bila kita angkat terus senyap.haha
suka tido dalam gelap. kalau tempat cerah cepat jea mata tu bukak.
first day Nur Keisha Aqeelah
masa Abang Iman dulu pun Teh yang rakam. 
nasib baik masa Keisha pun Teh sempat rakam. 

ni video Teh rakam masa teman Keisha dan ibu kat Az-Zahrah

semalam last day Teh jaga Keisha.masa ni Keisha dah 6 hari.
sempat Teh rakam sebelum Keisha menyanyi.
gbudak tak nak sleep.hihi

so nanti bila Teh ada baby, mintak Iman dan Keisha la rakam baby Teh tau tau.haha. 

baru jea balik rumah, Teh dah mula rindu Keisha. 
nanti Teh pi melawat Keisha lagi.
doa Teh moga Keisha membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah.
membahagiakan ibu dan ayah didunia dan akhirat
enjoy jadi cucu bongsu, sebab next year family kita akan bertambah lagi.hihi
To Ja, selamat berpantang :)

Saturday, September 19, 2015

dah setahun rupanya

Assalamualaikum 

pejam celik pejam celik hari ini genap setahun Abah kembali ke rahmatullah
Al Fatihah buat En Ayob bin Rahmat. semoga abah bahagia disisi ALLAH SWT dan semoga Allah tempatkan abah di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.InsyaAllah
tahun ni, ramadhan dan syawal pertama tanpa Abah
perpisahan yang akan sentiasa diingati sementara hayat ini masih dikandung badan


 yang pergi tetap pergi, yang masih ada kena teruskan kehidupan sebelum dijemput Yang Maha Esa
moga Allah izinkan kita bersatu kembali di syurga selamanya.
Al Fatihah Abah :(

Friday, September 18, 2015

Rabun

 Assalamualaikum

sah...kita dah rabun uolsss..
mula2 tak perasan pun kita dah rabun, 
sebelum ni tengok screen projector kat opis, pelik apasal slide kat depan ni kabur, ingatkan jauh sebab tu kabur, sekali tanya kawan sebelah, dia cakap ok jea..huhu.

bila pergi check mata, tengok power okaylah, 150 and 100
ni mesti kesan dari tengok screen laptop selalu..huhu.
bila tengok TV dari jauh skit nampak blurr jea. still boleh nampak benda atau tulisan yang jauh-jauh. cuma tulisan jadi kabur, so susah sikit nak baca. 
bila dah teruk sangat, baru buat spec .huhu
sebenarnya tak selesa pakai spec ni. tapi terpaksa uollss
bila pakai terus rasa jelas btol.selama ni rabun rupanya. 
tapi rabun nik power rendah je, so tak pakai selalu pun.
nik pakai ni bila tengok tv jea. kalau driving pun confirm kena pakai ni sebab singboard kabur jea bila nengoknya. 
imej terbaru..hehe
kita pilih yang kecik.tak nak tudung nampak kembang sangat kat tepi

Wednesday, September 16, 2015

My recent haul

Assalamualaikum

lately ni, ntah naper tetiba gatai nak beli barang make up

beli jea tapi bila keluar jarang pun pakai 
kalau bosan dan tak de keje, rajin la layan tutorial make up dekat you tube. 
iolls suka usha NikkieTutorials, KathleenLights, BeautyyBirdMy Pale Skin
Carli BybelChloe Morello and Jaclyn Hill .envy sangat dengan orang yang pandai make up ni. semua cantik je pakai make up.  

mata kecik jadi besar, hidung penyek jadi mancung, boleh buat muka tirus dan dagu runcing. tapi bila nik yang pakai macam pontianak pun ada
 ^___^.. kesian suami iolls.haha
ELF Small Angled Brush
ELF Eyeshadow "C" Brush
ELF Crease Brush
Flawless Eyeshadow (Golden Goddess)
Flawless Eyeshadow (Smoky)

beli ni, pertama sebab murah hehe. 

brand elf ni kira well known jugak la tapi harganya memang reasonable
puas hati. dapat beli barang mekap walaupun tak berjenama. sebab nik ni jarang pakai make up, so berbaloi la beli make up dengan harga yang mampu.
ramai yang puji brush dia.tu sampai 3 iollss beli. 
nik beli online.boleh usha ig @makeupbysya
yang ni beli dengan en hubby kat Watsons
tak boleh duduk lama kat situ.sawan jadinya.muehaha
Maybelline Baby Skin
Doll Eyebrow Mascara Pencil Golden Shine
Maybelline Baby Lips Rose Addict
Silkygirl Double Intense Duo Eye Shadow 08 Flushed Maple
St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub (all time fav.hihi)

Oxy Acne Control Moisturizer
St. Ives Blackhead Clearing Scrub

ada masa jadi addiction dengan shopping.
so bulan september ni no more shopping

Monday, September 14, 2015

7 bulan Iman Zharif..masih bambam

Assalamualaikum 

gambar Iman di usia 6 bulan. arini dah masuk 7 bulan bucuk Teh ni.hihi
makin aktif budak bambam sorang ni. eiiii.makin geram Teh tengok dia.
nasib baik boleh cium dan gomel lagi. 
dia buat muka biasa jea bila org duk kiss dia.haha

so far Alhamdulillah, bab makan Iman tak cerewet.
bagi jea makan apa-apa.semua licin..huhu
budak tak reti duk diam skarang ni, makin lasak.
obses dengan remote tv.
kalau tak dapat siap la korang akan dengar jeritan paling nyaring nanti.haha
untung la. mama dan papa tak payah beli toy mahal2.
remote tv pun boleh.

muka cuak.volume tv terkuat.padan..muehaha

Iman dan toy fav dia.
anak saudara sapa comel sgt ni :)
menjerit sebab Mamanya tak nak bagi terjun katil.haha
Iman ingat terjun katil tu tak sakit ker dik oiii.mcm2 awak ni.
kesian main sorang2. tak ada orang layan 
hisap jari pun sedap :)
tokku n tokma selalu pesan suh hati2 bila Iman naik walker
takut sangat Iman jatuh walker macam mana Teh jatuh walker kecik2 dulu.kita kan hero. skit2 apa ada hal kan Iman.haha



lambat lagi ker nak sampai rumah ni Mama.
Iman tak sabar nak panjat sofa ni.hihi
rambut saya dah lebat la.lurus lagi.hihi
solat ker awak. salah arah kiblat tu..hihi
pagi2 behave jea dalam kereta
 cuba petang confirm tak duduk diam
eksyen...skarang dah tak nak naik walker
nak tolak jea walker tu. naper cepat sangat nak besar ni :)
Mama..gambar Iman nak jatuh pun mama nak snap yea.
nahhh..Iman bagi pose paling menggoda untuk Mama.haha
makin banyak akal sejak dah pandai panjat2 ni
smart2 ni nak gi mana??


tanda kat dahi hero.hihi
gambar semalam

cepatnya masa. baby Teh ni dah 7 bulan dah 
rindu saat mula2 Teh tengok Iman keluar dari OT.
baby putih melepak.hidung mancung
sengih kat Teh dan TokMa. sampai skarang Iman murah senyuman.hihi
moga membesar dengan sihat yea baby Teh

cepat2 jalan.nanti boleh main kejar2 lak.muehaha

boleh kancing gigi tengok gambar budak bambam ni hari2. 
geram jea tengok.baru jumpa pun dah rindu
Happy 7 months old sayang Teh, Muhammad Iman Zharif