Saturday, October 31, 2015

My Sister's Wedding Preparation | Doorgift preparation : Bottle Jar / Balang Kaca dari Quality Pack

Assalamualaikum

finally, berjaya memborong botol kaca untuk doorgift akad nikah adik December nanti. belum buat doorgift lagi.baru beli botol dia. cari door gift yang simple dan senang.satu jenis ni sudah. jimat.tak perlu beli paper bag.

nik pegi hari Sabtu, ramai giler orang kat sana.tapi urusan dekat situ sangat cepat sebab masuk2 dah jumpa botol kaca yang nik berkenan.adik tak kisah nik pilih yang mana so botol kaca ni jadi pilihan iolss.mula2 nak cari yang saiz lagi kecik but jumpa yang ni, terus berkenan :)
banyak sangat pilihan botol kaca untuk korang pilih..macam2 bentuk dan saiz ada. nak tahu detail tentang botol2 ni boleh terjah website Quality Pack Sdn Bhd.kat sana ada macam2 gambar botol kaca untuk korang pilih
botolnya besar skit dari tapak tangan iolss.
botol jar ni nik beli harga 70sen/botol tak termasuk gst.serius sangat berbaloi.saiz botol jar kami pilih 175ml..pilih saiz comel jea. senang nak angkut kan. bagi penutup botol jar ada dua pilihan. warna merah dan hitam.but masa nik pi beli. penutup ada warna merah jea.harga botol termasuk ngan penutup skali
yang best ada penutup putih tu skali.
kami borong 4 carton.1 carton ada 48 botol. tetamu masa akad nikah lebih kurang 100-150 orang.so beli lebih skit. beli awal sebab nak cuci dulu botol-botol sebab kitaorang nak letak makanan kan so harus la bersih dulu. nanti just cari ribbons or tali dan sticker untuk hias botol kaca ni
ni kira pembelian paling berbaloi.tak nak membazir untuk doorgift.buat ikut kemampuan kita,selagi boleh jimatkan kos, kita jimat kan. doorgift kami sama. tak ada beza untuk tetamu vip or orang biasa sebab semua tetamu ada lah tetamu vvip kami.wah wah.haha

so sapa2 nak cari botol kaca untuk doorgift terjah kat sini yea.
selain kat Puchong, ada branch dekat Johor jugak.

Quality Pack Sdn Bhd
K.L. Sales Office/Showroom
No. 52, Jalan Puchong Mesra 1,
Plaza Puchong, Batu 7 1/2 Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 80763800
    Fax: +60 3 80753687
Website : http://qp.com.my/

Business Hours:-
8:00am - 5:00pm (Monday - Friday)
8:00am - 1:00pm (Saturday)

J.B. Sales Office/Showroom
No. 29, Jalan Seroja 47,
Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Tel: +60 7 3513322
     Fax: +60 7 3513321

Business Hours:-
 8:30am - 5:30pm (Monday - Friday)
 8:00am - 1:00pm (Saturday)

Thursday, October 29, 2015

My Hujung Minggu with Kesayangan

Assalamualaikum
since ada anak saudara yang duk dekat ni, camera nik penuh dengan gambar anak saudara jea.
weekeend lepas, dapat jumpa bambam kesayangan. rindu sangat kat Iman sorang ni.rindu telatah dia.
ya ampun, makin bambam budak sorang ni. best jea peluk, kiss dia..Iman memang manja. especially dengan Mamanya. tapi orang lain pegang pun dia ok. tak sombong la.
lagi2 kalau yang suka dukung dan layan dia main.haha.suka panjat kat badan orang.
Teh lambat tahu, Iman dah boleh duduk sendiri dah. clap clap.hihi








balik dari rumah Chik ni, Iman demam tetiba. demam2 pun still boleh senyum2. geram oiii.
bulan ni dah 3 kali kot Iman demam. tak nangis pun doc ambik darah dia.
wajah kesayangan ioll yang chomel lote sangat ni. pic paling latest
selipar tu pakai kat kaki tau bambam.bukan kat tangan :)
yup.yang bawah tu kaki.hahs.pandainya.anak saudara sapa ni :)

jumpa nanti Iman.


Sunday, October 25, 2015

Happy 1 Month Old , Nur Keisha Aqeelah

Assalamualaikum

sian Keisha.di anak saudara tirikan.hahaha..selalu update gambar dan video abang Iman jea Teh ni kan. so nak bagi adil, kali ni Teh update entry sal Keisha, sepet kesayangan Teh ni.
21hb aritu genap sebulan usia Nur Keisha Aqeelah. makin bambam sepet Teh ni. 
check up sebulan aritu berat Keisha dah naik .sebelum ni 3.2 kg.skarang dah 4.5 kg uolsss. naik 1.3 kg.phewww..patut la mkin berat Teh dukung dia. pipi pun dah makin bulat.
bila dah sebulan ni Keisha dah start menangis.. sebelum ni mmg susah nak dengar suara dia menangis
ada masa senang nak tido, ada masa susah tido. mudah sangat terkejut budak kecik ni sorang.
salah angle Teh ambik gambar , nampak lubong hidung mu Keisha..haha..tak pe, still comel.cer cuba gambar Teh gini.confirm kena keji.huhu
 pipi bulat sangat tu.simpan susu ker.haha
ada budak tak nak tido.hahaha.nanti malam dia jaga.
nanti dah besar skit, boleh bergaya dengan dress comel2.

sejujurnya nik jenis yang kekok dengan kanak-kanak, apatah lagi baby, takut nanti buat baby menangis, takut tersalah pegang sebab baby kan kecik jea.
sebab dah ada 2 baby comel ni, Teh dah tak kekok nak pegang baby. dan dah tak kekok pegang baby orang.haha. anak2 saudara yang lain jarang sangat dapat pegang lama2 macam anak saudara berdua ni.anak2 saudara yang lain selalu raya jea baru dapat jumpa kan. jumpa selalu eh dah besau dah kau nak..haha



Friday, October 23, 2015

Iman budak manja mengada-ngada

Assalamualaikum

Mama Iman rakam ni dalam kereta. ada budak tu buat-buat nangis. konon tak nak duduk dalam carseat.tapi Mamanya tak layan. pastu membebel. muehaha..pandai berlakon budak kecik sorang ni. geram oooiii.
esok nak jumpa dia. rindu haihh..dekat sebulan jugak la tak cium, gomol budak bambam ni. harap kenal lagi Teh ni sapa. kalau tak kenal siap la Iman nanti.haha

gebunya Iman ni.sedap peluk ni.haha
jumpa esok Iman :)



Saturday, October 17, 2015

(video) telatah Iman Zharif Part 4

Assalamualaikum

dah lama tak upload video anak saudara kesayangan iolls ni
comel jea tangan gebu tu main bola. Iman ni cepat bosan.main benda sekejab2 jea.tu Mamanya masukkan semua benda kat dalam kolam ni. dengan harapan lama la iman kat dalam kolam tu. tak ada la nak main panjat2 kat luar.hihi.suka sangat capai mana-mana tempat untuk berdiri. badan orang lain pun boleh.. bila dah berdiri suka lepas tangan macam la dah boleh berdiri sendiri.
tak sabar tunggu Iman boleh jalan.confirm pengsan la nak kejar Iman nanti.
Iman suka masukkan benda dalam mulut, apa saja yang ada dekat tangan confirm masuk mulut..tak dapat barang kaki pun boleh kan Iman.eh..Iman mintak adik kot ni.haha.. seriau Mama Iman kalau dengar ni.haha
dalam video ni nampak nau muka bosan. tapi bagus tak banyak meragam Iman ni.
rindunya dekat bambam sorang ni. rindu nak peluk cium dia.
makan byk yea Iman.Teh suka Iman bambam gini .see you when i see you :)

Thursday, October 15, 2015

tailor penipu

Assalamualaikum

post kat facebook bukan main islamic. tapi hutang tak nak bayar. oiii ini boleh mendatangkan amarah.manusia macam gini pun ada. kalau RM10 tu boleh la halal. ni beratus kak oiii. macam2 alasan akak bagi. alasan terbaru, demam tak mampu nak pegi bank. selama berniaga ni, takkan tak guna online kot.akak ni berniaga zaman bila. facebook pandai lak guna. eh lupa  la.akak ni pandai cari alasan jea kan.muehaha

siap janji nak refund dan bagi baju lagi .hahaha..akak ni buat kelakar tau.dah nak bagi refund, sibuk janji nak bagi baju pulek dah. kalau rasa tak dapat tunai janji, tak payah la berjanji kak, kan dah di cop penipu.lagi satu, kalau tak sempat siap baju tu sebelum ni, bagitau kami awal2. takde la kami tertunggu2. service akak memang out. 

adik saya tak nak baju tu. dia nak duit dia balik jea. jangan la sampai kami buat report lak. kami bukan jenis yang suka cari gaduh. kalau macam gini la layanan akak, kami tak teragak-agak untuk reveal nama butik akak ni. bukan nak tutup rezeki akak tapi orang macam akak ni la yang merosakkan peniaga melayu. 

kami bagi tempoh sampai ujung bulan ni jea. kalau tak ada jugak kami singgah butik akak nanti. tak nak la sampai bawak kes ni ke polis. kalau boleh nak settle cara elok. sabar kami ada batasnya. akak langsung tak ada reaksi bersalah, seolah2 mungkir janji itu dah biasa bagi akak.hidup akak tak akan tenang.rezeki akak tak berkat kalau gini cara akak berniaga. Allah pasti akan balas apa yang akak buat dekat orang lain. 
tak ada rezeki adik nak pakai baju ni. adik nik tak sanggup ambik risiko.lagi naya kalau tunggu, baju yang dapat tak seperti yang diharapkan.so dah tempah dengan tailor lain. kalau tailor ni pun buat hal, baju readymade jea la pilihan yang ada. 
harap akak tu tak menipu lagi. cukupla hanya adik nik sorang yang terkena. dah2 la letak status yang mengundang simpani customer seolah2 diri teraniaya. 
refund balik duit adik saya yea kak :)


Wednesday, October 14, 2015

Iman & Keisha

Assalamualaikum

kejap je rasa.arini Iman dah 8 bulan. setiap bulan ada jer perkembangan terbaru

setiap baby berbeza perkembangan dia.normal la tu. so tak perlu compare.
ni just untuk share jea. share pun apa yang nik tahu jea. hihi
 budak bambam ni.makin banyak akal makin lasak makin tak reti dok diam.walaupun super duper lasak, badan tetap maintain bambam.
lengan dengan peha still gebu.hihi

dia dah kenal orang,dah tahu siapa mama siapa papanya dan yang dia dah biasa tengok. so tak ada la nak sombong dengan Teh.hihi

Iman ni takut dengan bunyi vacuum rupanya. kalo dengar dia akan nangis or senyap terus.ada tu sampai tertido.haha.Iman ni.tak macho la gitu.haha
amboiii..intai apa tu. 
pantang ada tempat boleh capai, nak berdiri jea dia.
bila berdiri kadang2 tu ada jugak dia lepas tangan.berani sangat ni
belum boleh jalan lagi dah tak reti duk diam. nanti kalau dapat kaki confirm kurus kering la Mamanya.
kuat makan budak bambam ni sorang.bagi makan laju jer mulut tu nganga
Alhamdulillah still breastfeed. cuma kurang minum susu bila dia dah start makan
zat2 Mama semua kat Iman. sebab tu Iman bambam,Mama maintain kurus.
 gigi belum ada lagi.
happy 8 months old bambam Teh.
Keisha..sepet kesayangan sangat ni
rasanya satu2 nya cucu Tokku dan TokMa yang bermata sepet
makin tembam. susu jea 24 jam kan Keisha..mana tak bambam




 Syukur Alhamdulillah moga kedua2nya membesar dengan sihat.rindunya.lama Teh tak peluk cium Iman Keisha :)

Polis Evo , Makan, Jalan dan Shopping

Assalamualaikum

aktiviti kami hujung minggu baru ni. berfoya foya di Alamanda.

memang tempat  fav kami, antara shopping mall yang paling dekat dengan rumah.

dah lama gila tak jejakkan kaki ke panggung wayang, last tengok movie Fast & Furious 7 kot. kebetulan kali ni popular dengan Polis Evo.so jom la kita tengok, walaupun kami berdua ni bukanlah kaki wayang pun. 


kitaorang ada masa lebih kurang 3 jam lebih sebelum wayang start so sempat la jalan2 kat mall, shopping kat Watson. isi perut kat Pizza Hut aktiviti biasa jea tapi ok la dari tak buat apa-apa kan.








 tak tahu nak pi mana dah so pikir punya pikir,last2 singgah minum kat Old Town White Coffee. nak jalan lagi, kaki iollss dah lenguh.


 kalau tengok wayang mesti kena ada popcorn
action movie+komedi ni overall memuaskan hati  
berjaya buat kami terhibur dari segi komedi dan aksi.
tak logik tu biasa la. movie fast and furios pun bnyak yang tak logik..wink wink

eh ok lah, nanti update blog lagi

nak tido nak rest.bye

Saturday, October 10, 2015

current update pasal kerja

Assalamualaikum
dah lama tak merepek meraban dekat blog kesayangan.dah lama jugak tak cerita pasal kerja kan..sebab kerja kita ni tak best macam orang lain..tapi tak best pun tetap nak citer.huhu

2 tahun 6 bulan.masih bertahan di company sama. tahniah untuk diri sendiri. untuk rekod ni kerja paling lama nik. imbas balik, masa bulan2 pertama kerja. memang stress tak ingat 
keje yang tak pernah habis satu hal, layan opismate yang macam %#@&* lagi. tapi nik kuatkan hati, bukan senang nak dapat kerja skarang. 
yang penting kita tak kacau orang. bila dia dah penat nanti pandai la diam
tapi dalam kes nik bukan saja diam, dia resign terus ko.haha

boss kita bagitau ex-opismate yang dah resign menyesal pulekk.
message boss tanya sal kerja kosong. boss tak ada cakap langsung sal nak ambik dia kerja balik. walaupun masa tu ada kerja kosong.
sanggup la boss mintak staff2 lain cover kerja tu sementara dapat pengganti.
Alhamdulillah, bahagian operation skarang semua ok. masing2 tahu kerja masing2. tapi nik lak rasa nak cuba cari kerja lain, nak cuba new environment.ermmmm..tengok la macam mana nanti.hehe
ok dah stop merepek pasal kerja kat sini

ni citer basi pun ioll nak gak share.muehaha...Alhamdulillah rezeki raya haji 
sebelum cuti raya hari tu dapat lagi voucher AEON RM 50
 Alhamdulillah..tq boss.pasni boleh pi shopping.
bear lak dapat dari supplier.setiap sorang budak opis dapat 1 bear. 
ni bagi Keisha lak kot kan. Iman confirm tak minat bear gini
Iman minat remote jea :)
actually macam nak merepek meraban panjang lagi.
tapi cukup2 lah. kang korang bosan baca entry panjang2 ni.
ok. sekian tuk hari ni. k bye

Tuesday, October 6, 2015

Dugaan si Darah Manis

Assalamualaikum

mungkin ni perkara negatif bagi sesetengah org but niat nik just nak berkongsi cerita, bukan menjatuhkan sapa2 yea
benda ni jadik dekat adik nik. tapi kami kakak2nya pun terkesan jugak la.
adik nik tempah baju nikah kat satu butik di Bandar Tun Razak Cheras KL. butik Fi**** Bou*****. deal semua guna whatapp jea, sebab kawan adik pernah jahit manik kat sini. cantik bajunya. 

tapi bad services bagi nik.  baju lambat gila nak dapat.
sepatutnya baju ni dapat akhir bulan 8 lagi. tertangguh sampai ke bulan 10.
janji nak pos. macam2 alasan bagi. busy dengan kenduri kawen katanya
bila nak ambik kat butik, cakap boleh hantar ke rumah. dua kali janji nak hantar ke rumah. tak jugak hantar. kali kedua janji nak hantar ke rumah,  bagi alasan bz pasang pelamin pulak dah. tunggu malam tu tak sampai jugak. last2 bgi alasan tayar pancit. muehahaha
adik iollss dah dapat agak dah alasan tu .tak sangka btul.kuikuikui. 

and then janji dengan dia akan ambik baju tu kat butik. bagi alasan lagi, katanya otw tuk make up pengantin so tak ada kat butik. dia akan call untuk nik collectkat butik nanti.dia ingat kami ni tak ada kerja lain ker, nak kena ikut masa dia jea. tapi sampai ke malam tak ada call or whaapp pun. lama nya akak make up pengantin yea.huhu

sabar kami pun ada batasnya. bila adik mintak refund, dia janji lagi uollss
kalau tak siap cakap terus terang. tak perlu nak putar alam. kalau pun bz skali pun, tak baik layan customer macam ni. awak yang janji tapi awak sendiri yang tak tepati janji.kami ni punya la nak mudahkan kerja awak, nak pegi ambik sendiri. tapi tetap jugek nak datang hantar.
baju nikah kot, boleh dia buat main-main




sumpah tak pernah lagi jumpa manusia yang banyak sangat alasan ni.
sabar jea la kan. nak buat benda baik, memang ada jea dugaan dan halangannya. menguji kesabaran btol. 
so skarang tunggu refund jea la. sebab adik dah buat full payment.
akan tuntut refund tu sampai akak tu bayar. dah cukup baik la kami tak pi cari kat butik sebab kami ni jenis tak suka cari gaduh. 
so harap akak tepati janji untuk refund balik duit adik saya. 
kalau tak, jaga2 saya pi butik akak nanti kutip hutang.muehaha

Sunday, October 4, 2015

Jemputan Kenduri di Putrajaya dan Cyberjaya

Assalamualaikum

hari ni hari Ahad, kebetulan ada kenduri kahwin.
so makan tengahari hari ni kat kenduri jea.perut masih kekenyangan lagi ni.
ada dua tempat kenduri hari ni. 
satu dekat Cyberjaya dan satu di Putrajaya. dua-duanya kawan en hubby.
puas hati dapat makan di kenduri kahwin.kali terakhir makan di kenduri kawin dalam 3 bulan lepas kalau tak silap. majlis nikah kawan hubby jugak rasanya.haha

first kami pergi kenduri kahwin di Coffee Village, Putrajaya
ni kawan en hubby dari community Persona Stance.
semua bini2 diorang lawa2 uollss.rasa kita jea la yang paling comot dan paling tak bergaya..sobs sobs.tak pe la.asal suami sayang yea dak.haha
doorgift simple dan comel kan. nikah adik pun kami ingat nak buat macam ni.
cuma saiz botol tak tahu lagi nak pilih yang mana.
tempat kedua kenduri di Kompleks Balai Polis Cyberjaya
tak lah susah sangat nak cari tempat ni.dalam 15 minit jea dari tempat kenduri pertama tadi.yang penting parking pun senang
kat sini minum air jea. nak makan perut kenyang sangat dah
muka iollss macam tak puas hati jea.senyum la mek oiii.rosak gambar.haha
to pengantin, 
Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 
may Allah bless your marriage till jannah

Saturday, October 3, 2015

Nur Keisha Aqeelah dah botak

Assalamualaikum 
4 hari tak update. arini tak berapa nak ada idea.mood lebih kepada rindu
rindunya kat Keisha. suara kecik,comel je bila menangis
ehh.rindu Iman jugak.haha.rindu sangat dekat mereka berdua
Iman macam biasa, makin aktif tapi badan tetap sado.

Keisha lak botak sudah. dah botak pun still nampak macam baby girl kan dan nampak makin boolat. sepetnya mata dia. bibir seksi.haha

budak comel ni..geram
 anak saudara sapa ni comel sangat ni.
'angau' rindu kat anak saudara sendiri.haha

orang kata bedung baby tu supaya baby tak mudah terkejut masa tidur
tapi Keisha tak sampai seminggu pun. dia tak nak bedung. tengok dia tak selesa, tu terus tak bedung. lagi nyenyak dia tido kalau tak di bedung
keisha ni senang tido dalam gelap :)
gaya tido macam orang besar dah. 
macam2 gaya ada..haha

makan, tido , poo poo ..repeat..hihi