Wednesday, December 28, 2016

Al-Fatihah. Nik Idzni Dalila Nik Mahmud

Assalamualaikum


Seperti ramai yang dah tahu, adik kesayangan kami Nik Idzni Dalila Nik Mahmud telah pun meninggalkan kami pada pukul 3 pagi semalam di Hospital Kajang.
Alhamdullillah, semua sudah selesai. Allah permudahkan semua urusan pengkebumian adik.

Tenanglah adik di sana. Allah lebih menyanyangi adik..Even tak mudah untuk kami terima tapi family meredhai pemergianmu dan menerima takdir yang adik sudah tiada di sisi kami. .Kami pasti akan merinduimu.Hidup kami pasti takkan sama seperti dulu. takkan pernah sama dik..
the only thing that help right now is knowing that you is in a better place now. jauh dari segala kesakitan dan penderitaan. doa kami sentiasa mengiringimu,we love you, but Allah love you more.
Terima Kasih atas pinjaman selama 25 tahun ini Ya Allah. jaga dia untuk kami. 

Nik Idzni Dalila Nik Mahmud
11 April 1991 - 27 December 2016

Bagi pihak family, saya mengucapkan jutaan terima kasih untuk semua yang hadir di majlis pengkebumian adik, saya dan family memohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan yang adik lakukan semasa hayat beliau.Terima Kasih atas ucapan takziah dan doa2 dari kalian semua.
Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Adik, I miss you so much already,
Alfatihah.

Monday, December 26, 2016

Allah uji adik lagi

Assalamualaikum

tahun lepas kami busy dengan persiapan akad nikah adik. tahun ni kami busy untuk lihat adik sihat macam biasa. dalam setahun, macam2 perkara berlaku. sejak adik balik Malaysia, kesihatan adik makin merosot. sel kanser dah merebak ke tulang belakang dan beberapa tempat lain.kurus sangat adik sekarang dan adik dah start tak boleh berjalan. baring jea dekat katil skarang ni. sedihnya Allah saja yang tahu. berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Moga Allah permudahkan urusan adik,Moga Allah kurniakan adik ketabahan dan kesabaran, hilangkan semua sakit adik. nak adik sihat ,nak adik ceria macam dulu. Kami sayang adik sangat2.setiap masa teringat kat adik. adik sentiasa ada dalam setiap doa kami. kami yakin adik mampu lawan sakit sebab adik kuat.banyaknya dugaan adik tanda sayangnya Allah pada adik.

please help us pray for her fast recovery.
we love u so much adik. adik tak pernah jadi beban untuk kami. sikit pun tak pernah.
kami akan buat apa saja tuk adik.tuk adik sihat kembali.
i'm forever thankful to have you as my sister. you have no idea how proud i  am of you . you are an inspiration to so many but most of all to me. keep fighting dik.





Ujian ni untuk lebih dekatkan kami sekeluarga padaNya.InsyaAllah.
Allah tests different people with different trials because everyone has a different level of patience, tolerance, and faith.

Kami tidak tahu apa yang telah Allah tetapkan, tetapi kami yakin ia pasti yang terbaik buat kami .Moga Allah teguhkan iman kami, limpahkanlah kasih sayangNya kepada kami. Kuatkanlah hati kami untuk menghadapi ujian Mu.Hanya Engkau kekuatan kami dan hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan.

Setelah kau berusaha maka kau bertawakal lah,
sesungguhnya tiada daya melainkan dengan izin Allah

Sunday, November 27, 2016

hotel bajet di Manjung. Perak

Assalamualaikum
entry basi.huhu.hujung bulan lepas teman en hubby pi event kereta. so macam biasa iolls akan stay dekat hotel, just en hubby jea join event tu. kira teman jugak la tu yea.wink wink..haha
kami stay dekat Double Happiness Hotel, Majung. sebelah AEON Manjung. dekat sangat dengan event kereta tu.hotel bajet jea uolls.bukan nak stay lama pun.hihi

Alhamdulillah. hotel sangat selesa, cantik dan kemas walaupun berstatus hotel bajet
bilik tak ada la luas mana. but tuk  kami yg duduk berdua ni mmg sgt selesa.
harga hotel dalam RM 1++. 


tak ada almari baju tapi cukup la ada ruang gantung baju




toilet pun sangat bersih.


k tu jea nak citer.hihi.iolls buat entry warm-up jer dulu.
nanti update lagi. k bye

Wednesday, October 26, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Photograper di Kelantan

Assalamualaikum
hari ni nak wat last review sal kenduri adik.
official photographer kenduri kesyukuran adik Hakimi Roslee Photography
lewat booking photographer, so ramai photographer dah tak available.lagi2 kenduri adik ni masa cuti sekolah plus ramai berebut nak buat kenduri awal cuti sekolah sebab seminggu lepas tu dah nak puasa.hihi. puas jugak la cari. nasib baik ada photographer yang available tarikh adik tu. rezeki adik. photographer ni kawan adik ipar nik. dia pernah jadi photographer untuk adik kedua nik sebelum ni.

tak ada outdoor photoshoot pun. adik memang plan tak nak buat. posing kat pelamin dah cukup.
tu pun dah banyak gambar lawa2.hihi

berminat dengan hasil kerjanya boleh la laju-laju PM beliau tau.

antara gambar yang nik suka
gambar kat dalam bilik jea. tak ada hiasan apa2. gambar fokus pada pengantin jea.
tapi hasil cun sangat. 



yeayyyy.last review untuk majlis nikah kenduri adik kita. tunggu majlis anak saudara lak nanti.
tapi please jangan gatal nak nikah cepat sangat yea anak2 saudara semua. hahaha

Tuesday, October 25, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Henna untuk Majlis Resepsi

Assalamualaikum
untuk wedding review adik kali ni nak story sal henna.
rasa macam tak berseri jea kalau pengantin tak pakai inai.
adik chose this design. cantik kan uolls
design yang simple dan sweet, tak crowded sangat so tak serabut tengok
warna merah inai pun lawa.





pricenya tak ada la  mahal sgt mcm lain2 henna professional yg ada.
do contact her untuk booking okey. highly recommended !
01126019641

Sunday, October 23, 2016

Farewell & farewell again

Assalamualaikum

bulan ni last day untuk two of my officemate.so ada jamuan tuk diorang. 
makan free lagi iolls.sejak bulan 7 aritu,tiap2 bulan ada farewell party untuk opismate.masuk ni dah 6 orang resign. rasa macam bermusim. tetiba ramai plak yang resign. and then tahun ni giliran sales, 
harap2 tak ada dah yang resign yea. masa untuk cari opismate baru lak.moga pangganti nanti sebagus yang dah resign ni.

makanan masa farewell party.yum yum.



iolls masih di sini. tak plan lagi nak resig bila..haha
terus terang cakap iolls ni bukan jenis yang ambitious.
for me, cukup la ada kerja walaupun tak sesuai dengan kelulusan, yang penting dapat gaji dan dapat bayar segala hutang piutang dan belanja untuk diri sendiri.
even kalau tak naik pangkat pon iolls tak kisah, janji ada kenaikan gaji.
gaji kena naik beb, kalau tak iolls pun resign. makin lama kerja, makin besar tanggungjawab kan. lain la ko memnag suka pass kerja kat orang lain.oppsss.

Leaving is not always easy but it has to be done sometimes.
we wish you lots of success and happiness.

good luck untuk yang resign. moga gembira di tempat baru.jangan rindu kami tau tau.hahaha

Wednesday, October 19, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Baju Pengantin, Make Up & Bunga Tangan

Assalamualaikum

Baju Pengantin
baju kahwin ni kena fikirkan awal-awal.yang nak sewa kena la booking awal kan, kalau tak nanti tak dapat baju yang berkenan di hati. kalau yang jahit sendiri confirm kena beli kain awal tuk hantar jahit.kalau last minutes tak sempat siap. tapi skarang banyak jea baju ready made yang boleh buat baju baju pengantin.
design baju adik ni idea pengantin sendiri. kain prada adik beli di Prada Lace Collection.
just jahit manik. dah nampak lawa. kain pink beli di Jakel. upah jahit hanya RM 70 uolls.jimat kan.
boleh pakai balik untuk majlis yang lain.tetiba rasa macam nak pinjam baju adik tuk annual dinner tahun depan.muehaha
Veil dan shawl pun adik jahit sendiri uolls.dah kreatif apa pun boleh buat. i is jealous.hihi





Bunga Tangan
kalau jadi pengantin tak sah kalau tak ada bunga tangan kan.
tempah bunga tangan kat Perniagaan Centrepoint
walaupun sesetengah orang anggap ni membazir sebab just guna untuk satu majlis jea and then confirm akan layu tapi kami memang prefer bunga tangan dari fresh flower.nampak naik seri pengantin.



Make Up
adik request make up natural.tapi kalau dah nama pengantin, make up simple pun nampak berseri-seri. ni make up hasil dari makeupby_norrutna
nak booking boleh whatsapp 013-450 7501.cantik giler hasil make up dia.







Monday, October 17, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Butik Pengantin di Kelantan

Assalamualaikum
cerita pasal majlis nikah kahwin ni memang seronok.hari ni review sal butik pengantin
untuk majlis adik, adik cuma sewa pelamin dan meja makan beradab je dengan butik pengantin ni.
make up dan baju pengantin kita cerita next entry yea.

adik guna khidmat NADA BRIDAL.jatuh hati dengan pelamin ni.
pelamin dalam rumah yang simple. decoration nya tak berat dan sedap mata memandang
even kenduri tak ada seisi sanding2 tapi still nak ada pelamin tuk bergambar.
NADA BRIDAL ni pandai pilih sudut mana untuk letak pelamin bagi nampak lawa dan gah.


Hiasan Meja Makan
nak elak pengantin makan bawah pokok, so kami sediakan meja makan beradab.haha
if korang nak pelamin yang sweet macam ni, korang boleh follow facebook NADA BRIDAL
berminat boleh book 0139150610. service yang diorang bagi pun baik dan sangat puas hati.really recommended tau. senang nak bawa berbincang.