Tuesday, January 5, 2016

cuti tahun baru di Johor


Assalamualaikum
entry pertama di tahun 2016.penuh aktivi di hari pertama di tahun baru.
cuti panjang dari Jumaat-Ahad. macam biasa la, kalau tak holiday, mesti balik kampung.
rasa macam  dah lama benor tak balik  Johor. ate cakap Perok yea kome.huhu
jumaat malam ada makan-makan dengan family mertua.
sesekali balik kampung bawa family makan kat luar.

kami makan di Cemara Restaurant Tanjung Langsat.
masa sampai dalam kul 6.30 petang. masa tu tak berapa ramai customer.
baca feedback customer, ramai yang tak puas hati. siap ada yang cakap indah khabar dari rupa.
gambar jea nampak gempak. reality hancus.
but bagi nik, overall sangat puas hati dengan services kat sini.

jangan risau sebab harga makanan dekat sini sangat affordable, consider murah untuk makanan seafood gini. dari segi rasa memang sedap.kena dengan selera kami satu family.
portion makanan sederhana, sangat sesuai dengan orang perut kecik macam iolls ni.



menu dan list harga
korang kalau takut termahal ker boleh tanya terus dengan orang yang ambik order tu. dia akan bagitahu harga setiap makanan yang korang order. so tak ada la terover bajet. patut check btol2. tak baik tau tutup periuk nasi orang lain. tak suka or tak puas hati  dengan services diorang direct cakap. ikan busuk ker, complaint terus. nanti confirm mereka ganti baru.



makanan dah sampai. jemput tengok

 ikan kerapu masak 7 rasa. kita dapat ikan elok. sedap :)
licin semua makanan yang kami order. happy sebab tak membazir. 
seronok tengok anak2 saudara makan berselera. nanti boleh singgah makan lagi kat sini.

Alamat : 
Cemara Restaurant
Kg.Tanjung Langsat, Pasir Gudang, 
87100 Johor Baharu, Johor.
4pm-2am

Waze: Cemara Restaurant
Whatsapp: 013-714 6341 (Bob)

lepas tu sempat ke karaoke. berkaraoke di My Box Family Karaoke.
en hubby dan anak saudara orang yang paling excited.
mereka berdua jea yang karok walaupun suara kelaut.muehaha
lebih kurang kul 11 lebih malam baru diorang habis melalak. phewww. 3 jam uoll. bernanah telinga iolls dengan suara masing2.siap dengan tarian lagi.muehaha.layan kan aje la, 




tak sempat nak balik Simpang Renggam. nak tido umah kakak tak selesa lak. adik ipar dia ada. so en hubby decided check in hotel.kecik comel jea saiz biliknya. cukup la tuk kami berdua.


Tey Hotel
Address: 73, 73A, 75A, Jalan Intan 13,
Taman Cahaya Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
Phone:07-252 2688

penutup balik johor. cendol terbaik di Simpang Renggam.
entry pertama di tahun baru.heee..
moga ada masa dan kerajinan untuk update entry seterusnya :)

1 comment:

  1. singgah baca..
    jom tukar link dlm bloglist
    saya dah masukkan link anda dlm
    http://www.kembaraminda7.com/
    singgah sini

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^