Monday, February 8, 2016

JohanAndHisCats Studio

Assalamualaikum
company nik tutup seminggu sempena cuti chinese new ni. cuti free hanya hari rabu. 2 hari lagi tolak cuti annual leave. sedehhh.masa tak nak cuti ni la sibuk lak boss nak bagi cuti.
iolls dah la tak plan nak pi bercuti mana2 kali ni. duk mereput kat rumah la cuti panjang ni.muehaha
nasib baik ahadnya en hubby ajak keluar. kami ke JohanAndHisCats Studio. en hubby nak tengok kucing. en hubby iolls ni pencinta kucing.

nak datang sini korang kena booking online kat website JohanAndHisCats Studio, http://www.johanandhiscats.com.my/.payment pun online yea sayang-sayang semua. ngehngehngeh. mudah sangat nak booking online ni. suka iolls yang jenis booking online gini. mudah dan cepat. tak perlu berebut. but kalau tak tahu nak booking macam mana boleh whatapp +6017-677 9137. bayaran hanya RM10 untuk seorang.1 tahun ke bawah masuk free. sebelum tu harus pilih tarikh dan masa yang korang nak. boleh walk in cuma kalau penuh, korang tak boleh masuk tau. mereka lebih utama kan customer yang booking online dulu. so better booking online yea.

kat sini muat dalam 35 orang untuk satu masa. satu hari ada 10 sesi. lebih kurang 50 minit untuk setiap seisi. 10 minit lagi diorang peruntukkan masa untuk kucing berehat dan maintenance.
ada rules korang kena ikut sebelum nak masuk ke sini.bergambar boleh cuma jangan guna flash camera.jangan kacau kalau kucing tengah tido.
dah pergi tempat ni memang best.kawasan dia bersih. terjaga .
siap ada tempat untuk kucing membuang lagi.haha
sepuluh ringgit sorang sekali masuk bagi nik berbaloi
lagi2 kita yang jenis tak mampu nak bela baka2 kucing yang lain. kucing kampung mampu la.haha
selalu tengok dalam instagram jea kucing2 ni. skarang boleh datang tengok and pegang sendiri. macam2 jenis kucing ada. yang dari tak ada bulu sampai yang berbulu lebat.
cuma kadang2 susah nak ambik gambar dan pegang kucing sebab ada orang pegang kucing lama sangat.biasa la kan. semua nak merasa pegang semua kucing. hihi

hai Queenie, sombong ngan saya yea.
mentang2 la putih.berlagak diva nampak
kucing paling aktif

KimK ni sepanjang kami kat sana, dia tido jea.
penat layan peminat sebelum ni kot.kiki
Cuteness overload



en hubby, pencinta kucing.bini dia biasa2 jea.
ehhh. manja nyeww Tarzan ni ngan laki kita.main tenung2 lak dia.hahaha
ni kucing yang en hubby nak usha lama dah. 
dia duk kat tempat membuang lama kot.
last2 masa nak balik keluar jugak. dapat la snap gambar dia.
last but not least, video si comel SooRee


ALAMAT
JOHANANDHISCATS STUDIO
No.16, Jalan Setia Dagang AK U13/AK
Seksyen U13, Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor, MY

WAKTU OPERASI :
Isnin - Khamis ( 12pm - 10pm) rehat 4-5pm
Sabtu - Ahad (11am - 10pm) rehat 3-4pm
*Jumaat - Tutup

NO.TEL
+6017-677 9137
+603-3362 6816

EMAIL
admin@johanandhiscats.com.my

WEBSITE
http://johanandhiscats.com.my/

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^