Saturday, February 13, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Masjid Wilayah Persekutuan & Catering

Assalamualaikum
banyak berhutang review  sebab tak ada gambar yang sesuai .tak dapat gambar dari Official Photographer (OP) adik .lama nau dia edit. confirm cantik gambar nanti tu .ngehngehngeh
kali ni kita review tempat akad nikah dan catering.
 nak book dewan nikah, kena tiga bulan sebelum kahwin. tak boleh awal.
kalau booking lewat, ada kemungkinan tarikh yang kita nak tu full. 
adik nik  nikah bulan December so book paling awal pun awal bulan September. tarikh yang adik nak 26 December. nak nikah masa birthday pengantin lelaki, but tarikh tu full. so booking date 27 December. akad nikah seisi pagi pun dah penuh.adik hanya dapat seisi tengah hari.

 Dewan Pernikahan (Wedding Hall)
dewan ni terletak kat Anjung C. boleh guna dewan ni percuma tapi tempoh hanya untuk 1 jam bagi setiap pasangan. jurunikah and saksi je kena bayar. wajib pakai jurunikah dekat situ. bawak saksi sendiri pun boleh, nak pakai saksi masjid pun ok.

nik ingat kecik jea dewannya, muat2 untuk family kami jea, tapi tak sangka kawasan nya agak luas. muat lebih kurang 100 org dalam satu masa. syarat masuk dewan ni semua perlu menutup aurat dan berpakaian sopan. dewan ni ada aircond, PA sistem, pentas kecil untuk pengantin.


Dewan Makan
nak buat jamuan ringan korang boleh sewa dewan lain. ada  3 dewan yang lain selain dewan akan nikah which is.

Dewan Muslimat - muat 200 orang at a time (rate: RM55/hr)
Dewan Muslimin - muat 550 orang at a time; and (rate: RM135/hr)
Dewan Serbaguna - muat 1500 orang at a time (rate: RM350/hr)

semua dewan2 makan ni terletak kat Anjung B.
adik sewa Dewan Jamuan Muslimat untuk jamuan makan-makan since jemputan tak ramai.
so lepas majlis nikah terus sambung dengan majlis kenduri, settle semua satu hari, satu tempat, senang. dekat dewan ni tak boleh pasang pelamin. pihak masjid tak bagi.
Masjid Wilayah Persekutuan
Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-62018791
No. Faks : 03-62018790
E-mail : mwpkl@jawi.gov.my
Website : http://www.jawi.gov.my/masjid.wpkl/

Catering
kena amek catering yang disenaraikan oleh masjid sahaja. bagus ada panel catering sendiri kan. tak perlu la kami pening nak cari catering. lagipun panel catering ni dah banyak pengalaman  uruskan kenduri dekat masjid ni so tak perlu risau .
adik pilih Alya Jaya Catering. sedap makanan nya. services pun bagus.
dah abis majlis, makanan yang tak abis mereka siap bungkuskan lagi. 
menu Nasi Ayam, buah-buahan dan ada 2 jenis kuih , Apam Gula Hangus n Popia Sira
air lak Air Oren.




Facebook : Alya Jaya Catering
http://www.alyajaya.com/
Address: No. 9, Lot 2854, Kampung Sungai Penchala,
60000, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 60000
Phone:03-7722 3276

nak buat majlis nikah and kenduri dekat Masjid Wilayah memang highly recommended . tempat terbaik bagi nik sebab boleh settle semua benda dalam satu hari.
harga sangat la affordable. dewan nikah and dewan makan ada aircond. selesa .
banyak parking space untuk tetamu.
Masjid Wilayah ni memang lawa, lepas majlis boleh buat outdoor photoshoot.
Overall sangat2 puas hati.

1 comment:

  1. sis..satu kepala rm berapa ye menu dr alya catering ni?

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^