Wednesday, March 30, 2016

Ujian buat Kami

Assalamualaikum
lepas sorang2 family kami di uji dengan sakit.
sorang lagi adik dan ayah nik di sahkan ada kanser. adik ada breast kanser.ayah lak kanser kulit. 
dua berita ni kami dapat pada hari yang sama. tahu tahu nak rasa apa. nak react apa. sedih tu pasti. tipu la kalau tak sedih kan tengok orang yang kita sayang sakit.

Ayah nik ada kanser kulit dekat tepi mata.dah ambil sample dan resultnya ayah positif kanser. so kena buang kulit sekitar mata tu.minggu lepas dah operate buang lebihan kulit.
operation berjalan lancar. cuma sejak lepas sakit stroke ni perangai ayah dah macam budak2 balik.
dulu dia bebel kat kita suh makan, solat skrang kita lak bebel kat dia suh exercise, jaga makan.
cepatnya masa kan. 
adik nik lak ada breast kanser. doc suggest buat kimotherapi dulu untuk kecutkan ketulan,so bila kecut baru buat operation untuk buang ketulan yang ada dekat breast. bila operate dari situ baru doc dapat bagitahu stage kanser adik dan akan dpt tahu kanser tu merebak kemana. .
dah start buat kimo minggu lepas.operation kemungkinan dalam bulan 5 nanti.

adik nik tak alami kesan sampingan yang teruk2 cuma sejak kimotherapi, rambut adik cepat gugur. sangat kagum dengan semangat adik. selalu positif. sebagai kakak hanya mampu berdoa moga kimotherapi berjalan lancar. Allah permudahkan urusan adik saya
.tak sangka. akan ada lagi entry tentang penyakit kanser dalam family kami selepas 4 tahun adik bongsu kami menghidap kanser.

Ma yang sentiasa tenang. selalu ingatkan kami yang ada kasih sayang Allah di sebalik ujian yang datang. sakit itu ujian buat yang sakit,ujian jugak buat kami satu family. sama2 muhasabah diri.
 kami harus kuat. InsyaAllah semuanya akan ok. Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan. Moga kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. moga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin Amin Amin.

11 comments:

  1. Semoga Nik sekeluarga tabah & kuat semangat dengan ujian ni.semoga ayah dan adik2 awak cpt sembuh. Amin...terkejut baca entri nik pagi ni.

    ReplyDelete
  2. Biar apa pun hati kakak tersentuh sama Nik
    Sedih... moga ujian Allah berikan ini tidak berpanjangan
    Doa kakak ada kesembuhan buat abah dan adik Nik. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakak. terharu :)

      Delete
    2. terima kasih kakak. terharu :)

      Delete
  3. Ya Allah sedihnya. sabar ye Nik.
    Nik pun kena jaga kesihatan, pemakanan.
    Moga Allah permudahkan segalanya :(

    ReplyDelete
  4. Allahuakhbar... semoga kuat Nik,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)..InsyaAllah. kena kuat :)

      Delete
  5. Semoga nik sekeluarga tabah mengahadapi dugaan dr Nya

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^