Monday, April 18, 2016

3 tahun

Assalamualaikum

18hb April genap 3 tahun iolls kat company skrang. phewww. tak sangka masih bertahan
sampai ke hari ni. macam2 drama dah iolls lalui, mcm2 pesen manusia yang iolls jumpa. semua tu buat iolls lebih sabar dan kuat. bertuah sebenarnya sebab yang kekal berkawan dgn kita semua yang baik2. yang hasad dengki, yang perasan diri bagus, yang bodoh sombong tu dah resign. resign sebab tak tahan katanya. kita walau dah senior jangan berlagak. jangan anggap pekerja baru ni tak akan jadi sebagus awak. malah ada yang lagi bagus dari awak walaupun tak berpengalaman. sebab kdg2 yg byk pengalaman ni yg sebenar mudah jadi bodoh sombong, susah nak di ajak berbincang. konon dah kerja 5 tahun, dah perasan hebat, dah perasan tahu serba serbi, cik kak sayang, org yg kerja 30 tahun pun still kena blaja yea.

paling tak suka org yg kedekut ilmu. konon sblm ni dia blaja sendiri so nak org lain pun blaja sendiri jugak, kesian la org yg fikir mcm ni. tak hilang pun ilmu yg kita ada kalau kita kongsi.
org kerja lebih masa pun jealous. macam boss tolak gaji dia jea tuk bayar OT iolls.
tak ada sapa la suka kerja lebih masa. pergi pagi balik malam. terkejar2 nak buat kerja, sampai kadang2 blur tak tahu nak start buat kerja yang mana dulu.

kita still tak blh lupa apa yg diorng buat, kata2 diorang. perli2 tu dah biasa dah, siap kena boikot sebab dapat 2 kali pekerja terbaik. orang lain happy dapat pekerja terbaik. boleh share dekat facebook bagai. tapi kita pendam jea.kongsi pun dengan family dan kawan rapat jea. sebab tak nak kecik kan hati sesiapa. kat blog jea tempat kita berani share sebab tak rasa diaorang yang boikot ni, baca blog kita. tapi tak sangka diorang ni stalker terbaik. baca blog kita, sendiri sakit hati.hihi
kenangan ni. tahun 2015, kawan opis lain dapat anugerah pekerja terbaik.nik? jealous?
tak langsung.kalau nik jealous dan tak setuju maknanya nik sama jea macam perangai orang dulu2.
tak perlu la kita nak jealous dengan kejayaan orang lain.walaupun pekerja baru yang dapat anugerah, tak perlu ada rasa tak puas hati. kita tak dapat sebab kita tak layak la. sedar diri pleaseee. ada lagi yang lagi terbaik dan bagus dari kita. kita kena terima kenyataan. cuba perbaiki diri. kalau tak puas hati dan sakit hati sangat, resign jea.muehaha.

kalau cerita hal dulu, 3 hari 3 malam pun tak akan pernah abis.
just nak ucap terima kasih untuk ex staff dulu. kerana mereka saya jadi kuat. kerana mereka ajar kita untuk tak jadi seperti mereka. saya tak berdendam cuma kesian dengan mereka.moga mereka berubah dan lebih berjaya di luar sana.

skarang mood nak kerja makin kurang. pergi kerja dengan perasaan malas.tak ada semangat langsung. faktor umur maybe. haha..or maybe perlu cari kerja lain ni.
bosan kan buat benda yang sama. tapi ada ke kerja yang tak buat benda sama? haha
doa yea kawan2. hope iolls dapat kerja baru. nak cari pengalaman kat tempat lain lak. kerja tempat skarang semua ok. masalah kecik2 tu biasa la kan. kat sini ramai pekerja perempuan. ada drama skit2 tu biasa la..tapi skarang ni pekerja lelaki pun banyak drama dan cekadak jugak.muehaha.sama jea la kalau dah nama manusia ni.huhu..diri sendiri pun bukannya baik mana.haha

sekarang tengah cari kerja. cari slow2. tak nak resign dulu. bila dapat kerja nanti iolls resign.bosan jugak kalau duk umah kan. ada anak tu lain citer.
hope cita2 untuk tukar kerjaya tercapai la. chayok2. usaha kena lebih dan kena yakin dengan rezeki dari Allah S.W.T.

4 comments:

  1. Kita paham hihi. sama la mana2 opis pn sama. ada kaki stalker ada kaki mengumpat ada suka mengata org. terbaru sy up status pasal pam susu jek. wow sempat perli. padahal post tu utk masuk contest jek pn.

    ReplyDelete
  2. Kagum dan jeles juga dgn nik... hehe...tahniah nik dan syukur alhamdulillah atas anugerah rezeki ini...smg dimurahkan rezeki selalu ye nik... teruskan berusaha! :)

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. salam nik...kat tmpt zura nk cari admin/ indoor sales..blh try..call 03-80681663 cari Pn khairani...
    psstt: kdg2 terserempak dgn nik time lunch tp malu nk tegur...hehehhe

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^