Wednesday, May 18, 2016

Doakan

Assalamualaikum
jumaat ni adik nik akan di operate buang ketulan dekat breast.
yang sebelum ni ketulan tu dah disahkan kanser.kanser yg dulu hanya adik bongsu yang ada, now ayah dan sorang lagi adik nik disahkan kanser.ayah dah operate buang kanser bulan lepas. kali ni giliran adik lak. adik dah buat 3 kali chemo.so jumaat ni operate buang ketulan lak. tujuan chemo tuk kecikkan ketulan tu, adik memang tak nak kecoh2. family terdekat jea yang tahu kisah adik. nik citer kat blog tapi tak mention adik yang mana. 
adik yang ada kanser tu adik kedua nik. adik yang tengah pregnant skarang ni,.
doc suggest operate keluarkan baby dulu sebelum operate keluarkan ketulan dekat breast.
lagipun baby dah 34 minggu. berat dah 2 kg. doc akan operate keluarkan baby dulu and then operate buang ketulan.

ujian untuk adik. ujian untuk family kami. Allah bagi rezeki, Allah juga bagi ujian.
kami serah semua pada Allah. selalu percaya yang setiap apa yang Allah uji, ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah, semua akan ok. adik nik sangat positif. walaupun terpaksa ulang alik dari hospital. hospital dah macam rumah ke dua. bukan check up tuk baby dan ibu jea, tapi tuk chemo jugak.
banyak baca dan dengar cerita lepas chemo rambut gugur, letih dan muntah2. adik ada simptom2 tu semua. rambut gugur after few chemos dan pernah jugak muntah. bayang kan pun dah rasa tak kuat, apa lagi yang alami sendiri. Moga Allah terus beri kekuatan buat adik.

harap operation berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan semua urusan adik. 
berdoa moga kanser ni tak merebak dan tak agresif.
moga anak saudara kami keluar dengan sihat walafiat dan tak ada sebarang masalah. ibu kuat, mesti baby pun kuat. tak sabar nak peluk cium bau syurga .keluar cepat yea sayang.
Teh tak sabar nak peluk cium Ziyyad
you never know how strong you are until being strong is the only choice you have


3 comments:

  1. salam. dugaan untuk family nik. moga tabah selalu. yakin Allah tu ada... :(

    ReplyDelete
  2. berat sungguh ujian buat adik nik..insya'allah semuanya akan baik..

    ReplyDelete
  3. Salam Nik....apa kabar?Lama kak atie xsinggah ke blog ni..Nik sihat?
    Kak atie doakn semoga operaton adik Nik..dipermudahkn oleh Allah.Besarnya dugaan utk adik tu..semoga dia tabah.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^