Friday, May 20, 2016

Drama Dia Semanis Honey Full Episod 1-16

Assalamualaikum

terlayan drama Dia Semanis Honey kat Astro Ria. tak sangka best sangat lakonan Siti Nordiana dan Aliff Satar ni. serasi betol diorag berdua ni. tak perlu pegang or peluk2 tuk nampak sweet dan romantik. dah lama tak follow drama bersiri kat tv, tv pun jarang tengok. nasib baik citer ni tayanag kul 10 malam. masa tengah relax2 nak tido.haha..
minggu depan dah minggu akhir. so harus tengok sampai akhir.

Jumlah Episod: 16
Pengarah: Michael Ang
Adaptasi Novel karya Dila Dyna
Pelakon : Alif Satar , Siti Nordiana, Hairul Azreen, Hafeez Mikail, Farez Ridzwan, Ziha Salleh, Nadya Syaher, Falisha Crossley, Aleza Shadan, Nina Juren, Lan Kristal, Adam Mika, Zainol Macwiilson, Danish Hazriq, Fatihah Baharum

Sinopsis

Bagi Hani, pertunangan ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan demi perbalahan, akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani.. Hani ditinggalkan..

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi.. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi.. dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka..

"Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!" - Hani

"You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!" - Ahnaf.

"Baguslah kalau you dah tahu. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan 'kita'. Sebab perkataan 'kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I." - Hani

Adakah perkataan 'sahabat' itu hanya dibibir sahaja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. akan bersatu semulakah dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?

Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau.... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?..

"Kita bertemu... Kita berpisah... dan... Kemudian bertemu semua...."

Dia Semanis Honey Episod 1

Dia Semanis Honey Episod 2

Dia Semanis Honey Episod 3


Dia Semanis Honey Episod 4

Dia Semanis Honey Episod 5

Dia Semanis Honey Episod 6

Dia Semanis Honey Episod 7


Dia Semanis Honey Episod 8


Dia Semanis Honey Episod 9


Dia Semanis Honey Episod 10


Dia Semanis Honey Episod 11


Dia Semanis Honey Episod 12


Dia Semanis Honey Episod 13
Dia Semanis Honey Episod 14
Dia Semanis Honey Episod 15
Dia Semanis Honey Episod 16

pssttt : so sorry kalau tak dapat tengok videonya.maknanya dah delete la yea.
jangan kecam saya.haha

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^