Monday, August 1, 2016

Raya Pertama Di Rumah Mertua

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri
dah nak sampai penghujung Syawal baru sempat update blog. ramai yang dah abis up story raya masing2. nik baru terhegeh-hegeh nak update cerita dan nak tunjuk gambar raya.setiap tahun ikut sistem giliran yea. tahun ni giliran beraya kat rumah mertua di Simpang Renggam, Johor.  macam tahun2 sebelumya, raya kami sangat la simple. tahun ni tahun ke dua beraya tanpa Abah Mertua.
masih terasa kehilangan Abah. lepas solat raya, kami makan dulu then kami terus gerak ke kubur arwah.

wajah terbaru tuan blog. tak ada beza. pipi tembam tapi badan kurus kering lagi.huhu
kat rumah mak mertua iolls, tak sah kalau tak ada berbalang-balang biskut dan kuih raya. 
persiapan raya ala kadar. Warna tema baju raya kami tahun ni MAROON
baju raya recycle baju masa akad nikah adik bongsu tahun lepas.
gambar family sempat snap tapi memory card problem lak. so tak ada gambar family untuk tahun ni.
haha.nasib baik gambar ngan en hubby snap guna hp jea. 
sebab jarang2 sangat la dapat bergambar dengan Mak Mertua, so kita kasi upload 2 gambar.
Semoga Mak sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t dan di beri kesihatan yang baik.

menu raya pertama. ni jea sempat snap.
seperti tahun-tahun yang lepas mak mertua masak rendang, kuah lodeh and nasi himpit.
ni memang menu wajib setiap kali raya. 




tahun ni tak banyak bergambar. malas.haha..
Selamat Hari Raya buat semua. Maaf zahir dan Batin

1 comment:

  1. Bestnye rendang! seronok dpt makan rendang masa pergi open house orang masa Raya! Selamat Hari Raya uols! sempat lagi kan? =)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^