Sunday, September 25, 2016

Majlis Sambutan Hari Lahir Nur Keisha Aqeelah

Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam adik ada buat makan-makan, sempena hari lahir anak dia.
Nur Keisha Aqeelah genap setahun pada 21 september lepas. kejap jea dah setahun budak kecik comel ni.dah boleh jalan dah masa umo 10 bulan aritu.

actually, sejak kecik kitorang adik beradik jarang sambut birthday bagai ni. tapi sejak ada anak2 saudara ni, ibu diorang nak sambut lak kan. so ikut saja.bab makan2 ni iolls jarang tolak.haha
bagus jugak wat majlis makan2 ni, sebab raya haji baru2 ni tak sempat nak sambut. masing2 busy dengan life masing2.ada yang kerja, ada yang kena outstation and ada yang cuti tapi bangun lambat.hahaha

sambutan birthday sangat simple. just makan-makan dengan adik-beradik. adik ada jugak jemput beberapa kawan rapat dia jugak. plan last minute, tapi berjaya jugak buat.hebat la Ibu Keisha ni.
antara menu yang adik sediakan. menu sama masa majlis Iman Zharif dulu.
suka tengok tetamu makan. berselera yea.lagi2 ada sup tulang.

Menu masa majlis, Nasi Putih, Sup Tulang, Ayam Berempah, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Perut Lembu.menu lain ada Soto Ayam. dessert ada Sira Labu, Puding Santan dan Puding Gula Hangus.
semua adik masak sendiri.phewww.kagum2.hihi





Soto



sup ayam dan sup tulang


dessert.ada puding gula hangus jugak.tapi tak snap gambar sebab masih dalam peti ais.
sempat tapau bawak balik. haha


acara potong kek
abaikan backgroud kat belakang dan kotak kat bawah kek.
 memang tak ada hiasan apa2 masa majlis Keisha ni.haha
birthday kek dan tangan birthday girl
kek ni beli dekat Secret Recipe.

Selamat hari lahir Nur Keisha Aqeelah.
Semoga membesar dengan sihat dan  menjadi anak yang solehah.
nanti pakai gaun comel yang Teh dan Ayah Teh belikan.

masa Iman dulu ada video, masa Keisha pun ada.
sorry Teh rakam dengan camera hp jea.hihi


gelagat Iman Zharif di Majlis Sambutan Hari Lahir Nur Keisha Aqeelah.drama king budak bambam sorang ni.haha..

k bye

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^