Sunday, October 2, 2016

Aktiviti Weekend | Kenduri Kahwin Opismate

Assalamualaikum
Sabtu semalam ada kenduri kahwin budak opis dekat Klang.
tempat kenduri berlangsung kat Dewan Al-Munirah di Kg Johan Setia, Klang.
pergi dengan opismate. kul 10 iolls dah gerak.
memang niat nak datang awal.pengantin ada kat dewan dalam kul 12 katanya.haha
sampai sana pengantin masa tu tak sampai lagi, bagus la dewan pun tak full house.iolls suka.
tak berebut nak ambik makanan.haha
 sedapnya la lauk kenduri, lama tak pergi kenduri kahwin ni
semua lauk atas pinggan ni sedap.


sebenarnya segan nak bergambar dengan pengantin.sebab takut ganggu pengantin tengah makan,
tapi pengantin ni sporting.siap ajak bergambar lagi. 
untung datang awal, sempat la bergambar sebelum orang makin ramai.
Selamat Pengantin Baru Faris dan isteri
semoga ikatan dan hubungan yang di bina mendapat kerberkatanNya dan kekal bahagia hingga ke Jannah. jaga wife elok2.cantik wife.pandai pilih naa.hihi
last gambar rombongan mak cik kiah ke kenduri kahwin.
flawless lak muka iolls dalam gambar ni.padahal tetiba ada jerawat kat hidung.
jerawat suka timbul time gi kenduri.buat spoil.haha
next pengantin, budak jubah pink tu. tak sabarrrr.haha

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^