Tuesday, October 11, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Kenduri Kesyukuran 28 Mei 2016 (OP Camera)

Assalamualaikum
dah lama sebenarnya entry ni tersimpan kat draft. 2 hari lepas baru dapat gambar dari photographer
lama nau tunggu gambar dari Official Photographer (OP). pengantin pun dan basi iolls.haha
nak abiskan entry sal wedding adik.so bulan ni penuh dengan gambar pengantin yea.
mana tahu boleh jadi rujukan untuk bakal2 pengantin terutamanya pengantin kat Kelantan.

Kenduri Kesyukuran ni bulan Mei. majlis start dari pukul 12.00 tengah hari hingga 5 petang.
anggaran jumlah jemputan lebih kurang 500 pax.
Alhamdulillah majlis berjalan sangat lancar.no more kenduri dalam family untuk adik beradik sebab semua dah nikah. tunggu kenduri anak saudara la pulak yea.
pada sesiapa yang hadir kenduri ni,terima kasih. mintak maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis. 

jom cuci mata tengok gambar majlis resepsi adik .niat bukan nak menunjuk sekadar untuk kenangan-kenangan.kalau rindu boleh baca balik entry lama.
cantik sangat pelamin adik.suka sangat. pelamin just untuk ambik gambar je.
adik ambik pakej pelamin dengan Nada Bridal

pengantin pompuan posing dulu sebelum pengantin lelaki tiba.
cantikkan adik kita kan kan kan.haha.
Makeup adik hasil sentuhan makeupby_norrutna
suka mekap natural look gini, tak suka tebal-tebal,
adik tak pakai bulu mata palsu and tak cukur kening



ada budak sibuk.nak posing jugak dekat pelamin cik su.haha.Iman Iman.
manis sangat senyuman tu.melting Teh. dah la sibuk kat pelamin cik su. kasut pengantin cik su pun dia sibuk nak pakai.haha. rugi lak tak ambik video tu.haha


































 pengantin lelaki dah sampai.majlis sangat la simple. 
tak ada paluan kompang tuk sambut pengantin.
pandai2 la bawak diri yea pengantin.haha





tak sure la ni orang panggil adat or apa. masa majlis adik ada seisi 'mengenal'. family belah pengantin lelaki nak sangat adakan seisi 'mengenal' ni.tujuan tuk kenalkan family belah lelaki pada pengantin perempuan. simple jea just tetamu bersalam dengan pengantin and then bagi sedikit hadiah yang selalunya duit.pengantin pun bagi la apa2 pada yang datang 'mengenal tu. kalau sepupu dulu bagi bunga telur. masa adik ni, kami bagi pulut.
mangkuk kat depan pengantin tu tujuan dia tuk letak duit.
syok wei,.duit boleh guna tuk beli emas nanti tu. haha








 makan beradab


 bergambar dengan family pengantin lelaki







goodies untuk tetamu






 alaaa.Teh ingat Iman jea nak inteprem kat pelamin cik su.Icha pun nak jugak.comel jea dengan gaun.nasib baik tak berterabur bunga cik su kat depan tu..haha










gambar pengantin berdua kita sambung next entry.
panjang nau entry ni dengan gambar dan bebelan nik.haha..k bye

6 comments:

  1. Semoga berkekalan hingga ke jannah :D saya doakan adik tuan belog sentiasa tabah memandngkn hritu cerita psl dia dh viral, so sy tahu sikit-sikit je psl dia. Fightingg~

    ReplyDelete
  2. tak pakai bulu mata pun masih nampak berseri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tak perlu pakai bulu mata untuk nampak berseri kan.

      Delete
  3. adik ipar nik ni org terengganu ke?
    sebab abang2 ipar sy dr terengganu pun nak buat sesi 'mengenal' ni masa kawin dgn kakak2 dulu.hehe
    adat dorang kot..
    kita kat kelantan ni takde pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.org terengganu.mungkin la kot.tapi untung kat pengantin kalau ada sesi mengenal ni.haha

      Delete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^