Wednesday, March 30, 2016

Ujian buat Kami

Assalamualaikum
lepas sorang2 family kami di uji dengan sakit.
sorang lagi adik dan ayah nik di sahkan ada kanser. adik ada breast kanser.ayah lak kanser kulit. 
dua berita ni kami dapat pada hari yang sama. tahu tahu nak rasa apa. nak react apa. sedih tu pasti. tipu la kalau tak sedih kan tengok orang yang kita sayang sakit.

Ayah nik ada kanser kulit dekat tepi mata.dah ambil sample dan resultnya ayah positif kanser. so kena buang kulit sekitar mata tu.minggu lepas dah operate buang lebihan kulit.
operation berjalan lancar. cuma sejak lepas sakit stroke ni perangai ayah dah macam budak2 balik.
dulu dia bebel kat kita suh makan, solat skrang kita lak bebel kat dia suh exercise, jaga makan.
cepatnya masa kan. 
adik nik lak ada breast kanser. doc suggest buat kimotherapi dulu untuk kecutkan ketulan,so bila kecut baru buat operation untuk buang ketulan yang ada dekat breast. bila operate dari situ baru doc dapat bagitahu stage kanser adik dan akan dpt tahu kanser tu merebak kemana. .
dah start buat kimo minggu lepas.operation kemungkinan dalam bulan 5 nanti.

adik nik tak alami kesan sampingan yang teruk2 cuma sejak kimotherapi, rambut adik cepat gugur. sangat kagum dengan semangat adik. selalu positif. sebagai kakak hanya mampu berdoa moga kimotherapi berjalan lancar. Allah permudahkan urusan adik saya
.tak sangka. akan ada lagi entry tentang penyakit kanser dalam family kami selepas 4 tahun adik bongsu kami menghidap kanser.

Ma yang sentiasa tenang. selalu ingatkan kami yang ada kasih sayang Allah di sebalik ujian yang datang. sakit itu ujian buat yang sakit,ujian jugak buat kami satu family. sama2 muhasabah diri.
 kami harus kuat. InsyaAllah semuanya akan ok. Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan. Moga kami sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. moga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin Amin Amin.

Monday, March 28, 2016

Happy Birthday dear Hubby

Assalamualaikum
entry khas untuk en hubby.ucapan birthday walaupun dah wish depan2 .
hari ni genap umur En Mohd Hafidz Abdul Salam 23 tahun. eerrrmmm yea ke? ngehngehngeh
salah la..sudah 33 tahun daaa.

Happy Birthday my dear En Hubby
Semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik.
Semoga Allah tunaikan segala apa yang awak buat impikan, dipermudahkan segala urusan.
Semoga kita selalu bersama dalam susah maupun senang
I love u my annoying husband.haha
Terima Kasih buat Mama sebab lahir kan Hafidz.
Terima Kasih jugak buat Mak dan Abah sebab jaga sayang saya macam anak sendiri.

Sunday, March 27, 2016

Doctor in the family

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...adik nik lulus her final year exam. 
a big congratulations to Doctor Nik Idzni Dalila binti Nik Mahmud.
akhirnyaaa.hard work paid off. i'm so proud of you. 
Ma dan Ku confirm lagi bangga dengan Adik. Terima Kasih sebab penuhi impian ayah kita tuk sekurang-kurang ada sorang anak dia jadi doktor. impian yang kakak2 tak mampu tunaikan.
times flies.macam baru semalam hantar adik kat KLIA tuk sambung study kat UK.haha
ayat klise sangat kan. but tu yang iolls rasa.

sedar tak sedar dah 4 tahun sejak adik dapat tahu yang dia ada kanser.
mata tiba2 masuk habuk baca entry adik kat blog.tulisan ikhlas dari hati.korang nak baca entry penuh baca [ENTRY] ni.from a stage 4 cancer fighter to a doctor.
wishing you all the best adik. May Allah swt ease everything you do.
moga jadi inspirasi buat ramai orang 
#fromastage4cancerfightertoaDr #‎cancerfighter‬
ni lagi sorang.buat mata kita tetiba berair baca entry dia kat IG.
bukan senang dapat baca luahan Kamal Effendi. 
adik tunaikan impian Ma dan Ayah kita.Allah tunaikan impian adik
semoga berbahagia dik.May Allah bless both of you.

saya bangga dengan semua adik2 saya. ujian kami berbeza2.tak mampu nak cerita satu2. 
may Allah ease us in every difficult thing,percaya yang ujian Allah tanda Allah sayang. 
just banyakkan berdoa, tawakal dan redha. insyaallah Allah akan berikan yang terbaik untuk kita semua.


Friday, March 11, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Outdoor Photoshoot di Masjid Wilayah

Assalamualaikum
last entry untuk review majlis akad nikah adik. entry hari ni nak selitkan gambar-gambar outdoor photoshoot adik time akad nikah 2 bulan lepas. sesi outdoor adik buat dekat Masjid Wilayah.
masjid yang sangat cantik. lawa rekabentuk masjid ni.
senang buat skali harung satu tempat jea.akad nikah, makan2 dan outdoor photoshoot.
tak de lah terkejar sana terkejar sini

outdoor photoshoot ni petang lepas abis majlis makan2 dalam kul 3 lebih kot so cuaca dia agak panas.huhu..gambar ni nik tak edit tuk nampak flawless or cantik. just ubah frame gambar jea
untung la adik2 iolls.masa nikah semua buat outdoor photoshoot. iolls jea tak ada.tahun 2009, zaman tak femes outdoor photoshoot bagai ni.hihi


cantik make up adik. nampak natural. tak perlu edit pun gambar ni.
natural light pun membantu sebenarnya.



























yeayyyy,akhirnya.dapat siapkan entry review akad nikah adik.
berjumpa kita di entry review lain di bulan 5 nanti.
k bye

Thursday, March 10, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Family Picture + Review Baju Family

Assalamualaikum tuk semua. hai untuk stalker.u know who you are.kikiki
 so, hari ni update gambar family masa akad nikah adik
gambar family yang tak pernah nak menjadi sekarang ni.sebab susah nak susun atur dah.
saiz semua tak sama.kikiki..tapi ni kira ok la. nampak la muka sorang2 walaupun ada yang terlindung.redha jea la labu.haha
cantik dewan nikah kat Masjid Wilayah ni. no wonder syarat tak boleh pasang pelamin kat sini
background kat belakang dah cukup lawa.bersih kawasannya.
 ramai yang tak tahu nik sebenarnya ada sorang abang dan sorang kakak.
nik anak ketiga dari 7 beradik. ramai yang ingat nik anak sulungsebab jauh skit jarak beza umur dengan abang dan kakak nik. kami sekolah menengah, kakak dan abang dah kerja :)

 sorang tak ada dalam gambar, anak saudara nik tak dapat join sebab tengah final exam masa ni.
rugi sangat.kalau tak dah lengkap kita satu family. susah dah nak bergambar macam ni lagi.



“No family is perfect… we argue, we fight. We even stop talking to each other at times.
But in the end, family is family… The love will always be there.”
- Anonymous-

dua orang budak kecik tido lak.
tinggal la budak kecik mek lopa kat belakang tu.
 family kakak.dah besar anak2 saudara iolls.dah anak dara pun.

cerita kain dan prada lace [ENTRY INI]
sebahagian family memang guna kain yang sama.
family kakak dan abang kami just send contoh kain and then diorang cari kain yang seakan sama.
nak bagi kain warna maroon ni naik, kami guna prada lace warna kuning.
bahagian bawah buat sedikit kembang so akan nampak kain flowy
baju Melayu beli kat Jakel. beli baju siap. tak ada masa nak cari tailor baju melayu kat sini.huhu
baju melayu Iman, Tok Ma yang jahitkan.malam sebelum akad nikah baru siap.gigih Tok Ma jahit baju cucu :)

detail lace di tangan. 
harga jubah makin mengarut skarang ni. so better jahit sendiri kalau ada yang boleh jahitkan. 
lagipun bukan senang nak cari jubah sama warna dengan apa yang kita nak.
harga upah rm50.bajet 1 pasang jubah under RM 90 jea.
last entry kita update sal outdoor photoshoot lak. k bye