Friday, April 29, 2016

Daisy Eau So Fresh Perfume by Marc Jacobs

Assalamualaikum
nik kalau kuar rumah, memang selalu pakai perfume
masa study dulu main beli jea perfume yang murah2. tak ada bajet. tak mampu nak beli yang branded sangat.masa tu, perfume yang mampu beli hanya perfume dari The Body Shop dan Avon jea.
skarang sejak kerja, terbeli jugak la perfume branded. nak jugek merasa pakai perfume branded ni. tapi ada yang kata season dah perfume yang iolls beli, tapi iollls tak kisah, 
nik beli Daisy Eau So Fresh Perfume by Marc Jacobs. kirim dekat adik kat London. alang2 adik balik Malaysia kan. bau sangat la best. bila pakai rasa feminine and sexy.. muehehe

my brand new perfume
Daisy Eau So Fresh Perfume by Marc Jacobs

 botol dia pun comel jea.siap dapat pakej skali dengan shower gel dan lotion.
sangat beza harga perfume ni kat sini. so dapat la jimat.

terima kasih dik terima order kakak mu ini. nanti kirim lagi.haha


Monday, April 18, 2016

3 tahun

Assalamualaikum

18hb April genap 3 tahun iolls kat company skrang. phewww. tak sangka masih bertahan
sampai ke hari ni. macam2 drama dah iolls lalui, mcm2 pesen manusia yang iolls jumpa. semua tu buat iolls lebih sabar dan kuat. bertuah sebenarnya sebab yang kekal berkawan dgn kita semua yang baik2. yang hasad dengki, yang perasan diri bagus, yang bodoh sombong tu dah resign. resign sebab tak tahan katanya. kita walau dah senior jangan berlagak. jangan anggap pekerja baru ni tak akan jadi sebagus awak. malah ada yang lagi bagus dari awak walaupun tak berpengalaman. sebab kdg2 yg byk pengalaman ni yg sebenar mudah jadi bodoh sombong, susah nak di ajak berbincang. konon dah kerja 5 tahun, dah perasan hebat, dah perasan tahu serba serbi, cik kak sayang, org yg kerja 30 tahun pun still kena blaja yea.

paling tak suka org yg kedekut ilmu. konon sblm ni dia blaja sendiri so nak org lain pun blaja sendiri jugak, kesian la org yg fikir mcm ni. tak hilang pun ilmu yg kita ada kalau kita kongsi.
org kerja lebih masa pun jealous. macam boss tolak gaji dia jea tuk bayar OT iolls.
tak ada sapa la suka kerja lebih masa. pergi pagi balik malam. terkejar2 nak buat kerja, sampai kadang2 blur tak tahu nak start buat kerja yang mana dulu.

kita still tak blh lupa apa yg diorng buat, kata2 diorang. perli2 tu dah biasa dah, siap kena boikot sebab dapat 2 kali pekerja terbaik. orang lain happy dapat pekerja terbaik. boleh share dekat facebook bagai. tapi kita pendam jea.kongsi pun dengan family dan kawan rapat jea. sebab tak nak kecik kan hati sesiapa. kat blog jea tempat kita berani share sebab tak rasa diaorang yang boikot ni, baca blog kita. tapi tak sangka diorang ni stalker terbaik. baca blog kita, sendiri sakit hati.hihi
kenangan ni. tahun 2015, kawan opis lain dapat anugerah pekerja terbaik.nik? jealous?
tak langsung.kalau nik jealous dan tak setuju maknanya nik sama jea macam perangai orang dulu2.
tak perlu la kita nak jealous dengan kejayaan orang lain.walaupun pekerja baru yang dapat anugerah, tak perlu ada rasa tak puas hati. kita tak dapat sebab kita tak layak la. sedar diri pleaseee. ada lagi yang lagi terbaik dan bagus dari kita. kita kena terima kenyataan. cuba perbaiki diri. kalau tak puas hati dan sakit hati sangat, resign jea.muehaha.

kalau cerita hal dulu, 3 hari 3 malam pun tak akan pernah abis.
just nak ucap terima kasih untuk ex staff dulu. kerana mereka saya jadi kuat. kerana mereka ajar kita untuk tak jadi seperti mereka. saya tak berdendam cuma kesian dengan mereka.moga mereka berubah dan lebih berjaya di luar sana.

skarang mood nak kerja makin kurang. pergi kerja dengan perasaan malas.tak ada semangat langsung. faktor umur maybe. haha..or maybe perlu cari kerja lain ni.
bosan kan buat benda yang sama. tapi ada ke kerja yang tak buat benda sama? haha
doa yea kawan2. hope iolls dapat kerja baru. nak cari pengalaman kat tempat lain lak. kerja tempat skarang semua ok. masalah kecik2 tu biasa la kan. kat sini ramai pekerja perempuan. ada drama skit2 tu biasa la..tapi skarang ni pekerja lelaki pun banyak drama dan cekadak jugak.muehaha.sama jea la kalau dah nama manusia ni.huhu..diri sendiri pun bukannya baik mana.haha

sekarang tengah cari kerja. cari slow2. tak nak resign dulu. bila dapat kerja nanti iolls resign.bosan jugak kalau duk umah kan. ada anak tu lain citer.
hope cita2 untuk tukar kerjaya tercapai la. chayok2. usaha kena lebih dan kena yakin dengan rezeki dari Allah S.W.T.

Saturday, April 16, 2016

First time shopping di Zalora

Assalamualaikum
selama ni duk baca entry blogger lain tebus voucher di Zalora. Alhamdulillah, ada rezeki nik. dapat voucher dari Zalora Malaysia. Terima Kasih Zalora sudi collaboration dengan kita, blogger suam2 kuku ni. korang nak baca tak entry tu? boleh baca kat SINI

first time shopping di Zalora.excited nya barang yang ditunggu2 dah dapat kat tangan.
nik beli handbag. ingat nak beli baju, tapi minggu lepas dah beli. so beli handbag.boleh guna untuk kenduri adik nanti.

Marie Claire Shoulder Bag
Colour : Black
Material : Polyurethane
saiz detail
Length x Height x Width
- 43.5cm x 30.4cm x 11.6cm
Handle drop: 25cm

suka handbag saiz besar sebab nik ni suka sumbat macam-macam dalam beg.
nanti nak cari sandal or kasut untuk kerja lak. yang tu kena guna duit sendiri la.hihi

Sunday, April 10, 2016

Prada Lace untuk Raya 2016

Assalamualaikum

kepada peminat- peminat Prada Lace, kami di Prada Lace Collection ada menjual Prada Lace yang sangat2 cantik. cantik sangat kalau nak buat jubah, dress or baju kurung. 
buat yang tengah cari idea untuk raya, ni salah satu pilihan. ada yang segan nak pakai material lace sebab nampak macam over or macam pengantin. tapi bagi kami design prada lace kami ni design yang simple yet tak over sangat.
sesuai jugak untuk bakal pengantin or sesiapa yang dah plan nak bertunang. boleh cuba Prada Lace Off White. just tambah hiasan manik, pearls or batu crystal swarovski.confirm meletops baju uolsss.
close up warna prada lace yang ready stock. 
Off White
ni warna lain yang still available
biru
 maroon
 silver
 red wine
 black - hanya ada 2 meter
gambar ni boleh jadi inspirasi. 
hiasan prada lace yang boleh letak di lengan
Ready Stock
Prada Lace Gred AAA(high quality prada lace)

Harga Promosi RM 60/meter
Harga Promosi RM 60/meter
Harga Promosi RM 60/meter
Harga Promosi RM 60/meter
Harga Promosi RM 60/meter

excluding Postage 

if berminat nak beli..pm kami cepat-cepat.ready stok
Whatsapp 018 322 8727

Tuesday, April 5, 2016

Online Shopping | 10pcs Kabuki Brush Set

Assalamualaikum
selama ni iolls tak pernah terfikir nak beli set make up brush.
selalu pakai brush yang dapat free skali dengan barang make up yang iolls beli.hihi 
kalau baru nak start makeup.set ni pun dah cukup.  if you all jenis yang jarang make up tak rugi beli pun sebab harga pun murah. dan dapat 10 jenis make up brushes.
first time dapat pegang dan tengok brushes ni pun buat iolss jatuh hati. tak rugi beli brushes ni. lembut, sangat best. ada beberapa brushes ni dupe dari brushes Sigma. tak dapat beli brushes jenama Sigma, dapat yang dupes pun jadi la.hihi
ada beberapa warna, nik pilih hitam + silver.
synnthetic brush, halal, cruelty free.

what's in this 10pcs Kabuki Brush Set?
• flat top kabuki brush (dupe for Sigma F80)
• round top kabuki brush (dupe for Sigma F82)
• round top angled kabuki brush (dupe for Sigma F84)
• flat top angled brush
 • pointed kabuki brush (dupe for Sigma F86)
• precision flat eye brush (dupe for Sigma P80)
• precision tapered eye brush
• precision pointed eye brush
• precision flat angled brush (dupe for Sigma P88)
• precision round eye brush (dupe for Sigma P82)

 siap ada bekas special lagi.bekas beli kat DIY jea.
review 10pcs Kabuki Brush Set by Krissy Grotez. 


worth the price!! the cheapest make up brush set
kat sini palingggg murahhhh. dekat ig lain barang yang sama harga sampai rm90

Whatsapp +6013-2535596

Monday, April 4, 2016

Rai Aidilfitri bersama Zolace

Assalamualaikum

Belum mula puasa lagi tapi tak salah pun kalau buat persedian awal untuk baju raya kan. nik prefer online shopping sebab tak perlu nak menapak ke butik atau mall untuk shopping.  tak payah jugak membazir minyak tempuh jem dan bersesak-sesak cari parking. skarang nik memang suka beli yang ready to wear je senang.pilih apa yang berkenan dekat mata and then bayar. zaman sekarang ni banyak sangat online shop, janji pandai pilih. ZALOCE ni salah satu butik muslimah online di Malaysia yang sangat best bagi nik.

Salah satu jenama yang menawarkan koleksi baju raya ready wear yang dijamin selesa dipakai dan murah adalah dari keluaran jenama ZALOCE! Kesemua koleksi pakaian dan aksesori ZALOCE boleh anda miliki secara online dan jangan bimbang kerana ZALOCE menyediakan kaedah pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai. 
Temui aneka pilihan baju kurung moden dan dress Muslimah yang trendi daripada ZALOCE untuk anda gayakan di pagi Syawal nanti. Anda juga boleh tampil sopan ketika ingin menghadiri rumah-rumah terbuka Aidilfitri dengan menggayakan koleksi blouse Muslimah dengan padanan maxi skirts atau palazzo pants seperti berikut.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk membeli aneka pilihan beg tangan dan aksesori wanita keluaran jenama yang sama. Rai Aidilfitri 2016 dengan dengan meriah bersama ZOLACE Malaysia!






Sunday, April 3, 2016

Online Shopping | Rimmel Stay Matte Pressed Powder (Transparent)

Assalamualaikum
korang sangatla beruntung if  kulit muka bebas daripada masalah
iolls ni jenis kulit muka berminyak.muka selalu berminyak di sekitar T zon (dahi dan hidung)
akan nampak shiny selepas 10 minit bila pakai foundation or powder.haha
dah try macam2 powder and then try beli this powder. this is a must have product for combination/oily skins macam iolls.

nik beli code transparent 001, the lightest shade.
texture powder ni smooth. nik guna after foundation and concealer untuk hilangkan kesan oily or shiny patches kat muka. powder ni contains natural minerals so dapat tolong kita control shine dan boleh tolong minimise pores. yang best powder ni tak ubah foundation color.
guna brush dari sendayu tinggi untuk apply powder dekat muka. selalu kalau nik pakai foundation, nik apply powder ni dekat sekitar hidung dan dahi yang selalu akan oily. 
kalau just pakai powder tanpa foundation, iollss tempak kat seluruh muka.

Pros:
Affordable. harga under RM30.

Cons:
no mirror, no sponge

harga RM28 kat ig shop online ni. harga paling murah iolls jumpa.
WA 012-3449937 to place your order.

Saturday, April 2, 2016

Online Shopping | Maybelline FIT ME Foundation Matte & Poreless

Assalamualaikum
dah lama tak buat review. so hari ni nak buat review salah satu foundation favourite iolls.
memang susah nak cari foundation yang sesuai dengan kulit nik yang super oily yang sangat la annoying ni.even ada mention oil free pun, still tak tahan lama kat muka iolls.
sejak dua menjak ni rajin lah duk usha youtube.
skit2 dah tahu ciri2 foundation yang sesuai dengan kulit sendiri

nik tengok dekat youtube ramai beauty guru review bagus sal Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation ni so makin bersemangat iolls nak beli.walaupun tahu foundation ni maybe takkan berkesan untuk nik but tak salah kalau try dulu kan.
packaging Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation
glass bottle dan penutup black plastic

tak ada pump. botol macam ni kadang2 buat nik terlebih tuang so kena hati2
boleh apply dengan macam2 cara. guna jari, sponge, beauty blender or brush makeup
nik prefer sponge.

nik beli this foundation shade Warm Nude Beige Chaud 128 . 
formula light to medium coverage.
boleh build up untuk dapat kan full coverage. but iolls jenis tak suka pakai tebal2.
texture sangat halus dan ringan. tak sticky.senang nak apply dan blend out.
 nampak natural aje kat muka. 
yang paling penting, foundation jenis matte finish means tak ada tinggalkan glowing di muka iolls.

foundation ni worth a try. lagi2 untuk kulit yang oily. harga sangat affordable

cara nik apply foundation
1. nik pakai Biore UV Face Milk or Maybelline Baby Skin Instant Pore Eraser Primer as a primer. 
untuk bagi foundation tahan lama kat kulit. nik tak pakai moisturizer sebab akan buat kulit nikclagi oily dan break out.
2. untuk better finish bila apply foundation, nik prefer dap foundation dekat muka guna sponge or sapu guna brush dari ST cream foundation brush daripada guna tangan.  hasil foundation lebih rata. tak ada la bercapuk foundation tu nanti. tips nya less is more. pakai 1 layer dulu, kalau tak cukup coverage boleh apply lagi 1 layer. untuk area nose dan pipi, nik selalu sapu secara membulat, trick untuk tutup pores.teknik ni sangat2 la membantu. haha..hasil mengadap you tube.dapat la ilmu.
iolls bukan beauty blogger. share video orang lain dari you tube jea mampu.huhu
korang boleh tengok tutorial ni untuk tutup pores
lelaki tau bagi tips. kau mampu.haha

3. set foundation guna powder untuk tahan lebih lama.dap2 powder guna brush. powder ni next etry iolls review k . suka powder ni sebab tak ubah warna foundation yang kita tempek kat muka tadi.
kita bukan make up artis tau. just nak share cara kita apply foundation untuk kurangkan minyak dekat muka.cara ni sesuai untuk nik, maybe tak sesuai tuk awak2 semua. sila jangan kecam saya.hihi.if ada suggestion lebih baik komen tau.
macam dulu muka nik ni kalau pergi kerja, belum keluar rumah pun confirm kulit dan start berminyak boleh buat goreng udang,ngehngehngeh.tapi setakat pakai foundation ni skali dengan primer, muka kurang berminyak tapi still kena touch up la

nik order foundation dekat online seller sebab product ni tak ada jual kat malaysia.
selalunya tak akan ada stock.so kena tunggu order lebih kurang dalam 4-6 minggu.
so sapa2 yang sanggup tunggu boleh order yea. skrang a.m.a.z.inc tengah open order.
a.m.a.z.inc
012-3449937
nik pakai foundation and make up bagai ni bukan untuk impress sapa2.
tak semua orang dilahirkan dapat wajah yang licin berseri macam che ta tapi kita ada hak tuk kelihatan 'presentable'. so tak salah pun nak ber make up. yang nak kekalkan natural beauty pun sila kan, pilihan masing2. so no kutuk2 no perli2 tau.
k bye.