Tuesday, May 31, 2016

Nik Muhammad Ziyyad Ukael

Assalamualaikum
Alhamdulillah, operation adik berjalan lancar. baby dan ibu selamat,
baby was born via c-section.since baby premature sebab lahir masa kandungan adik 34 minggu so baby perlu admitted to NICU lebih kurang seminggu,
 paru-paru dia belum cukup matang, perlu kan bantuan pernafasan. 
adik pun lebih kurang seminggu jugak kena stay dekat hospital.

adik dapat jumpa baby hari ke 3. terpaksa guna wheelchair sebab agak susah nak bergerak sebab badan penuh dengan wayar.sebelah kanan cucuk ubat tahan sakit, and then kena drip untuk masukkan air dalam badan,ada 2 drain tuk buang sisa2 darah kotor lepas operation dan satu bekas untuk saluran air kencing.

nik dapat teman adik malam kedua. kuat semangat adik iolls sorang ni. tak ada skit riak wajah sakit or  sedih. sentiasa positif. happy seeing both of them sihat walafiat walaupun macam2 perkara jadi.

my baby nephew...Nik Muhammad Ziyyad Ukael
masa lahir berat baby Ziyyad 2.1kg.
kenangan di NICU Hospital Putrajaya. 
baby Ziyyad baby baik. jarang nangis. tido sepanjang hari.
 menangis pun kalau lapar or lepas membuang sebab tak selesa.haha
Baba curi2 ambik gambar dan video, walaupun pernah kena marah dekat nurse.
tak dapat peluk dan cium, dapat tgk video dan gambar Ziyyad pun jadi la ;-) 
rupa Ziyyad sebijik ikut rupa adik nik.haha.cuma hidung jea ikut Baba.

Baba tolong jangan kacau saya tido.hihi
sempat Ziyyad dan Ibu keluar sebelum majlis nikah adik bongsu kami.
sempat la bawak Ziyyad balik kampung jumpa nenek dan atok.
to Nik Muhammad Ziyyad Ukael, membesar dengan sihat dan kuat yea baby.
semoga sentiasa berada dalam lindunganNya.
selamat berpantang untuk Ibu Ziyyad. May Allah swt ease everything for you and ur lil one Ziyyad.

Tuesday, May 24, 2016

bangle comel dari Aisha Wong Accessories

Assalamualaikum
lately ni suka sangat usha accessories comel2. lepas dah usha tu, terbeli la pulekk
walaupun tau jenis iolls ni jarang sangat pakai accessories..huhu
selalu pakai bila rasa nak bergaya lebih or bila ingat nak pakai.ngehngehngeh
hehe, comel tak ?


suka bangle2 minimalist dan simple macam ni
sesuai tuk sesiapa yang tangan kecik macam nik. bangle boleh adjustable
warna tak fade. sesuai tuk digayakan dengan blouse or baju kurung
boleh pakai masa kenduri adik hujung bulan ni.
close up


TO ORDER
Instagram : Aisha Wong Accessories 
Whatsapp +60193026226

Wednesday, May 18, 2016

Doakan

Assalamualaikum
jumaat ni adik nik akan di operate buang ketulan dekat breast.
yang sebelum ni ketulan tu dah disahkan kanser.kanser yg dulu hanya adik bongsu yang ada, now ayah dan sorang lagi adik nik disahkan kanser.ayah dah operate buang kanser bulan lepas. kali ni giliran adik lak. adik dah buat 3 kali chemo.so jumaat ni operate buang ketulan lak. tujuan chemo tuk kecikkan ketulan tu, adik memang tak nak kecoh2. family terdekat jea yang tahu kisah adik. nik citer kat blog tapi tak mention adik yang mana. 
adik yang ada kanser tu adik kedua nik. adik yang tengah pregnant skarang ni,.
doc suggest operate keluarkan baby dulu sebelum operate keluarkan ketulan dekat breast.
lagipun baby dah 34 minggu. berat dah 2 kg. doc akan operate keluarkan baby dulu and then operate buang ketulan.

ujian untuk adik. ujian untuk family kami. Allah bagi rezeki, Allah juga bagi ujian.
kami serah semua pada Allah. selalu percaya yang setiap apa yang Allah uji, ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah, semua akan ok. adik nik sangat positif. walaupun terpaksa ulang alik dari hospital. hospital dah macam rumah ke dua. bukan check up tuk baby dan ibu jea, tapi tuk chemo jugak.
banyak baca dan dengar cerita lepas chemo rambut gugur, letih dan muntah2. adik ada simptom2 tu semua. rambut gugur after few chemos dan pernah jugak muntah. bayang kan pun dah rasa tak kuat, apa lagi yang alami sendiri. Moga Allah terus beri kekuatan buat adik.

harap operation berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan semua urusan adik. 
berdoa moga kanser ni tak merebak dan tak agresif.
moga anak saudara kami keluar dengan sihat walafiat dan tak ada sebarang masalah. ibu kuat, mesti baby pun kuat. tak sabar nak peluk cium bau syurga .keluar cepat yea sayang.
Teh tak sabar nak peluk cium Ziyyad
you never know how strong you are until being strong is the only choice you have


Saturday, May 14, 2016

Daiso Detergent for Puff and Sponge

Assalamualaikum
walau jarang bermake up at least ada jugaklah make up brushes dan sponge.
nak jaga bagi bersih harus la kena cuci.
nik cuci make up brushes dan sponge sekali dalam masa 2 minggu. selalu masa weekend la.
kat pasaran ada banyak produk yang korang boleh beli dan terus pakai untuk bersihkan berus makeup korang.  baru2 ni nik try Daiso Detergent for Puff and Sponge. state kat situ tuk bersihkan puff and sponge . tapi nik guna untuk cuci brushes jugak. beli ni dekat kat Daiso IOI Mall Puchong. harga RM5.30 sebotol.ni packagingnya :-)


 cara cuci sangat la simple.
basahkan berus or sponge. letak detergent kat berus or sponge. ambil berus and korang gosok dekat tapak tangan. lepas dah keluar segala kotoran tu bilas dengan air and then boleh kering atas tuala or tisu bersih.

before and after
boleh nampak beza dia.
 nice and clean
span
before
 after.tadaaa.sponge make up kita putih kembali :-)