Wednesday, October 26, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Photograper di Kelantan

Assalamualaikum
hari ni nak wat last review sal kenduri adik.
official photographer kenduri kesyukuran adik Hakimi Roslee Photography
lewat booking photographer, so ramai photographer dah tak available.lagi2 kenduri adik ni masa cuti sekolah plus ramai berebut nak buat kenduri awal cuti sekolah sebab seminggu lepas tu dah nak puasa.hihi. puas jugak la cari. nasib baik ada photographer yang available tarikh adik tu. rezeki adik. photographer ni kawan adik ipar nik. dia pernah jadi photographer untuk adik kedua nik sebelum ni.

tak ada outdoor photoshoot pun. adik memang plan tak nak buat. posing kat pelamin dah cukup.
tu pun dah banyak gambar lawa2.hihi

berminat dengan hasil kerjanya boleh la laju-laju PM beliau tau.

antara gambar yang nik suka
gambar kat dalam bilik jea. tak ada hiasan apa2. gambar fokus pada pengantin jea.
tapi hasil cun sangat. 



yeayyyy.last review untuk majlis nikah kenduri adik kita. tunggu majlis anak saudara lak nanti.
tapi please jangan gatal nak nikah cepat sangat yea anak2 saudara semua. hahaha

Tuesday, October 25, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Henna untuk Majlis Resepsi

Assalamualaikum
untuk wedding review adik kali ni nak story sal henna.
rasa macam tak berseri jea kalau pengantin tak pakai inai.
adik chose this design. cantik kan uolls
design yang simple dan sweet, tak crowded sangat so tak serabut tengok
warna merah inai pun lawa.





pricenya tak ada la  mahal sgt mcm lain2 henna professional yg ada.
do contact her untuk booking okey. highly recommended !
01126019641

Sunday, October 23, 2016

Farewell & farewell again

Assalamualaikum

bulan ni last day untuk two of my officemate.so ada jamuan tuk diorang. 
makan free lagi iolls.sejak bulan 7 aritu,tiap2 bulan ada farewell party untuk opismate.masuk ni dah 6 orang resign. rasa macam bermusim. tetiba ramai plak yang resign. and then tahun ni giliran sales, 
harap2 tak ada dah yang resign yea. masa untuk cari opismate baru lak.moga pangganti nanti sebagus yang dah resign ni.

makanan masa farewell party.yum yum.



iolls masih di sini. tak plan lagi nak resig bila..haha
terus terang cakap iolls ni bukan jenis yang ambitious.
for me, cukup la ada kerja walaupun tak sesuai dengan kelulusan, yang penting dapat gaji dan dapat bayar segala hutang piutang dan belanja untuk diri sendiri.
even kalau tak naik pangkat pon iolls tak kisah, janji ada kenaikan gaji.
gaji kena naik beb, kalau tak iolls pun resign. makin lama kerja, makin besar tanggungjawab kan. lain la ko memnag suka pass kerja kat orang lain.oppsss.

Leaving is not always easy but it has to be done sometimes.
we wish you lots of success and happiness.

good luck untuk yang resign. moga gembira di tempat baru.jangan rindu kami tau tau.hahaha

Wednesday, October 19, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Baju Pengantin, Make Up & Bunga Tangan

Assalamualaikum

Baju Pengantin
baju kahwin ni kena fikirkan awal-awal.yang nak sewa kena la booking awal kan, kalau tak nanti tak dapat baju yang berkenan di hati. kalau yang jahit sendiri confirm kena beli kain awal tuk hantar jahit.kalau last minutes tak sempat siap. tapi skarang banyak jea baju ready made yang boleh buat baju baju pengantin.
design baju adik ni idea pengantin sendiri. kain prada adik beli di Prada Lace Collection.
just jahit manik. dah nampak lawa. kain pink beli di Jakel. upah jahit hanya RM 70 uolls.jimat kan.
boleh pakai balik untuk majlis yang lain.tetiba rasa macam nak pinjam baju adik tuk annual dinner tahun depan.muehaha
Veil dan shawl pun adik jahit sendiri uolls.dah kreatif apa pun boleh buat. i is jealous.hihi





Bunga Tangan
kalau jadi pengantin tak sah kalau tak ada bunga tangan kan.
tempah bunga tangan kat Perniagaan Centrepoint
walaupun sesetengah orang anggap ni membazir sebab just guna untuk satu majlis jea and then confirm akan layu tapi kami memang prefer bunga tangan dari fresh flower.nampak naik seri pengantin.



Make Up
adik request make up natural.tapi kalau dah nama pengantin, make up simple pun nampak berseri-seri. ni make up hasil dari makeupby_norrutna
nak booking boleh whatsapp 013-450 7501.cantik giler hasil make up dia.







Monday, October 17, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Butik Pengantin di Kelantan

Assalamualaikum
cerita pasal majlis nikah kahwin ni memang seronok.hari ni review sal butik pengantin
untuk majlis adik, adik cuma sewa pelamin dan meja makan beradab je dengan butik pengantin ni.
make up dan baju pengantin kita cerita next entry yea.

adik guna khidmat NADA BRIDAL.jatuh hati dengan pelamin ni.
pelamin dalam rumah yang simple. decoration nya tak berat dan sedap mata memandang
even kenduri tak ada seisi sanding2 tapi still nak ada pelamin tuk bergambar.
NADA BRIDAL ni pandai pilih sudut mana untuk letak pelamin bagi nampak lawa dan gah.


Hiasan Meja Makan
nak elak pengantin makan bawah pokok, so kami sediakan meja makan beradab.haha
if korang nak pelamin yang sweet macam ni, korang boleh follow facebook NADA BRIDAL
berminat boleh book 0139150610. service yang diorang bagi pun baik dan sangat puas hati.really recommended tau. senang nak bawa berbincang.

Friday, October 14, 2016

Real Fighter

Assalamualaikum
adik kat hospital Royal London skarang ni. doctor suspect ada infection. but Alhamdullah bukan infection, tapi still kena tahan kat hospital tuk rawatan lanjut. masa dapat tahu tu, tak tau perasaan tu macam mana.speechless. adik sakit lama sangat lepas immunotherapy. baring jea, gerak tangan pun rasa sakit macam kena tikam kat dada. paling sakit adik penah rasa. makan ubat paling kuat pun tak hilang sakitnya. Allahu.kakak mana tak rasa sedih bila tahu adik sakit macam tu.

i can't stop thinking about her..kalau duduk saja2 tak buat apa2 mesti asyik teringat je kan, tiba-tiba menitik air mata ni.tak mampu nak luahkan dengan kata2
Dear Allah, please take care of her. May Allah remove all your pains adik, moga Allah bagi kesembuhan .moga Allah melindungi adik walaupun adik jauh dari pandangan mata kami.
Adik tetap dekat di hati dan doa kami.sangat dekat adik.
Thanks Allah for this test. please make my family and my sister strong enough to face it. 
please remain me that your plan are better than our dreams.
To Kamal dan Adik, May Allah bless you during this difficult time,stay strong both of you.
Allah ada

Dear Cancer,
I hate you. leave me and my family alone.
you are not welcome here. you picked the wrong person to fight with.
my sister, she is one of the strongest woman i have ever met and you will lose this fight.
#cancerfighter


Thursday, October 13, 2016

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Kenduri Kesyukuran 28 Mei 2016 (OP Camera) Part 2

Assalamualaikum
sambung citer sal wedding adik.
kita tayang gambar pengantin berdua lak.banyak sangat gambar cantik.
so terpaksa buat 2 entry. entry ni tak ada banyak bebelan. layan gambar la yea.
adik tak ada buat outdoor photoshoot. just bergambar dekat pelamin dan bilik pengantin jea.
Alang cakap, macam banyak dah lighting kat pelamin tu tapi tetap tak dapar cerahkan Ayah Su.hahaha
so Ayah Su kena terima la kenyataan yea. tak perlu pi cucuk clorox bagai tau tau tau.muehaha













































video. hasil dari gambar photographer.haha

next  entry kita citer sal pelamin dan baju pengantin.